berita

Mampu Tahan Tekanan Air Sedalam 1000 Kaki? Korang Pasti Jatuh Hati Dengan Tissot Seastar 1000 Ni!

July 6th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Selain baju, gaya rambut dan kasut, aksesori juga penting bagi melengkapkan penampilan seseorang. Bagi sang jejaka, tak lengkap rasanya kalau tak menggayakan jam tangan sebagai aksesori wajib harian.

Hmm..cakap pasal aksesori, mesti jenama jam tangan Tissot dah tak asing lagi buat korang kan? Elegan, tahan lasak dan penuh gaya, mesti korang bakal jatuh hati dengan Tissot Seastar 1000 Quartz Chrono ni.

Jom kami kongsikan apa lagi yang menarik tentang Tissot Seastar 1000 Quartz Chrono!

Mampu tahan tekanan air sehingga 1000 kaki? Wow!

Buat korang yang gemarkan sama ada aktiviti sukan air ataupun darat, mesti korang akan teruja dengan Tissot Seastar 1000 Quartz Chrono ni! Reka bentuknya yang sporty dan bergaya sesuai digayakan siang dan malam serta kini boleh didapati sebagai kronograf, ditambah pula dengan pelbagai fungsi berguna, menjadikan ia jam tangan yang popular pada masa kini!

Jam tangan buatan Swiss ini  juga mempunyai fungsi yang lebih hebat, di mana ia berkebolehan untuk menahan tekanan air hingga 30 bar iaitu sedalam 1000 kaki tau!

Ia turut dilengkapi dengan jarum luminescent, yang membuatkan ia mudah dibaca dalam skala khas semasa menyelam. Memang sangat sesuai untuk korang yang suka menyelam sambil menikmati keindahan laut.

Bergaya, berkualiti dan versatil

Bukan hanya reka bentuknya yang menawan, malah Tissot Seastar 1000 Quartz Chrono yang berdiameter 45.5mm ini juga dilengkapi dengan crown, caseback dan penolak serta bezel aluminium yang boleh berputar ke arah berlawanan jam serta kristal  sapphire yang tahan calar.

Sementara itu, pada bahagian strap atau tali jam, koleksi ini juga menawarkan pilihan 316L stainless steel bracelet dan getah, yang korang pilih mengikut kesesuaian!

Jadikan Tissot Seastar 1000 Quartz Chrono sebagai koleksi hari ini juga!

Mesti ramai yang dah jatuh cinta kan? Admin pun sama!

Kalau korang dah berkenan dengan Tissot Seastar 1000 Quartz Chrono ni, korang boleh dapatkannya di laman web Tissot ataupun Tissot Official Store di Shopee! 

SKIP THIS AD ×