berita

Mampukah Bunohan Dinobatkan Sebagai Filem Terbaik FFM25?

February 26th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Filem Bunohan

Nampaknya cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal berlangsungnya majlis anugerah penuh berprestij iaitu “Festivel Filem Malaysia ke-25 (FFM25)” di mana majlis tersebut akan menampilkan dua pelakon hebat, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad sebagai hos malam anugerah tersebut.

Menerusi perbualan di laman sosial Twitter, ramai yang sudah merasakan kehangatan anugerah ini dan ramai yang rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan keputusan filem manakah bakal dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM25 pada kali ini.

Jika diikutkan kepada senarai pencalonan, filem yang banyak tercalon dalam setiap kategori yang dipertandingkan adalah filem Bunohan dan Songlap iaitu menerusi kategori Pengarah Terbaik – Dain Said (Bunohan), Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak (Songlap), Palakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan), Pekin Ibrahim (Bunohan), Zahiril Adzim (Bunohan), Shaheizy Sam (Songlap), Cerita Asal Terbaik – Dain Said (Bunohan), Fariza Azlina Ishak (Songlap) serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Amerul Affendi (Bunohan), Husyairi Hussain (Bunohan), Syafie Naswip (Songlap).

Namun begitu, sekiranya kita lihat pada Anugerah Skrin 2012 yang lalu, filem Bunohan telah berjaya menggondol anugerah Filem Terbaik. Jadi mampukah filem ini mengulangi kejayaan mereka buat kali kedua?

Bagi OHBULAN! filem Bunohan ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, di mana ia mengandungi eleman-eleman serta aksi yang cukup mencabar dan tragis. Pergaduhan dan pertempuran darah merupakan salah satu eleman penting yang diketengahkan menerusi filem ini dan itu merupakan salah satu tarikan hebat untuk penonton yang meminati filem tempatan.

Dalam pada itu, menerusi eleman skor muziknya pula Bunohan merupakan salah satu filem yang mempunyai pemilihan muzik yang bagus sehingga filem ini disenaraikan dalam kategori Skor Muzik Asal Terbaik – Mendiang Tan Yan Wei (Bunohan) dan penataan seninya yang dihasilkan oleh Dain Said juga sangat bagus.

Berikut merupakan beberapa respon di laman Twitter :

FFM25

FFM25

FFM25

Apa pun, nantikan keputusan penuh FFM25 pada 2 Mac ini secara langsung di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) pada jam 9 malam.

Berikut kami lampirkan sedikit sedutan triler filem ‘Bunohan’ untuk anda semua.

SKIP THIS AD ×