berita

Mampukah Lisa Surihani Bawa Watak Bekas Wanita Pertama, Tun Siti Hasmah?

August 30th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Menerusi laporan Media Hiburan semalam, Erra Fazira telah menarik diri dari membawa watak Tun Siti Hasmah dalam teater berjudul “Tun Siti Hasmah” dan digantikan dengan Lisa Surihani.

Punca utama Erra Fazira menarik diri adalah disebabkan jadual dan kesempitan masa yang tidak dapat dielakkan.

Namun, berita terbaru dari teater yang bakal dipentaskan lebih kurang 2 minggu dari sekarang ini, iaitu pada 14 – 23 September telah mencetuskan tanda tanya samada Lisa Surihani mampu atau tidak untuk membawa watak Tun Siti Hasmah?

Umum tahu, bukan mudah untuk membawakan watak seperti bekas wanita pertama, Tun Siti Hasmah.  Sebelum ini, pementasan teater “Tun Siti Hasmah” mengambil masa hampir setahun untuk mendapat persetujuan dari Tun Siti Hasmah sendiri kerana beliau seorang yang pemalu dan merendah diri.

Erra juga pernah menyatakan bahawa dia mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul memahami watak Tun Siti Hasmah sehinggakan dia terpaksa menemui Tun Siti Hasmah lebih dari 2 kali untuk memahami bagaimanakah perwatakan bekas wanita pertama kita ini.

Namun selepas mendapat persetujuan, kini timbul pula cerita terbaru. Lisa Surihani telah dipilih untuk menggalas watak yang OHBULAN! rasa mustahil untuk dijiwai dalam masa yang agak cepat. Bakal dipentaskan 2 minggu dari sekarang, mampukah Lisa mendalami emosi Tun Siti Hasmah? Atau pemilihan Lisa hanyalah sekadar tangkap muat?

Apa pun, kita nantikan sahaja teater ini yang akan dipentaskan pada 14 – 23 September 2012 di Istana Budaya.