berita

Mampukah MJATS Buat Penonton Melekat Depan TV & Tenggelamkan Aura Rindu Awak 200%?

September 2nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Fotor090211512

Siapa yang terlepas menonton episod akhir Rindu Awak 200% semalam? Haa semua orang tengok kan? Mana boleh terlepas episod penamat drama yang paling digemari tu.

Rasanya setakat ni Rindu Awak 200% antara drama terbaik yang berjaya membuatkan peminat memuji jalan ceritanya dari awal hinggalah ke episod terakhir.

Kalau ingat lagi, drama-drama popular seperti Ariana Rose dan Kerana Terpaksa Aku Relakan sebelum ni memang diterima baik tapi sayangnya jalan cerita episod akhirnya mengecewakan.

Screen Shot 2014-09-01 at 23.52.47

Tapi berbeza dengan Rindu Awak 200%, respon yang diterima oleh kebanyakan penonton rata-ratanya positif dan sambutan peminat berjaya melonjakkan nama drama tersebut menjadi trending di laman Twitter.

Dan dengan berakhirnya drama lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat tersebut, sebuah bingkisan terbaru bakal menyusul dengan menampilkan Fahrin Ahmad dan Sara Ali sebagai teraju utama.

Poster Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Naskhah terbaru itu berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) yang juga diadaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana.

Ramai sedia maklum bahawa beberapa episod awal kebiasaannya agak sukar diterima kerana penonton masih stuck dengan fenomena drama sebelum ini.

Jadi persoalannya, mampukan MJATS menenggelamkan aura Rindu Awak 200% sekaligus membuatkan penonton setia melekat di depan TV setiap petang?

Jika dilihat pada pemilihan pelakon pula, Fahrin Ahmad memang dikenali sebagai pelakon yang hebat tapi ada juga yang menganggap faktor usia Fahrin agak kurang sesuai membawakan watak utama.

Apapun, ianya terlalu awal untuk menilai tahap kehebatan drama terbaru ini. Mungkin Fahrin dan Sara Ali ada magic yang tersendiri, siapa tahu kan?

Kredit foto: Instagram Sara Ali, Fahrin Ahmad & Rindu Awak 200%

SKIP THIS AD ×