berita

Mana Aci? Filem Pendek Raya 2022 Pertama MyDebit Buat Korang Yang Ada Abang Boleh Relate!

May 25th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bila cerita pasal kasih sayang adik beradik, siapa yang terlintas dalam fikiran korang? Abang ke? Kakak ke? Adik ke? Tak kisah la siapa, kita tetap kena jaga hubungan adik beradik dengan penuh kasih sayang. Lebih-lebih lagi musim raya ni, kena berkumpul dan eratkan hubungan.

Pernah tak korang hadapi situasi di mana yang korang kena mengalah dengan adik beradik lain? Sampaikan bergaduh pun ada. Kalau korang tengok filem pendek raya 2022 pertama dari MyDebit, mesti korang boleh relate punya!

Beli untuk abang je, adik pakai barang abang yang lama sudah la

“Kenapa Along je boleh beli?”

“Along punya yang lama tu kan elok lagi?”

Korang yang bergelar adik mesti pernah jadi macam ni. Lagi-lagi adik bongsu. Kalau mak dah kata pakai barang abang je, terpaksa la turutkan. Memang geram tapi sabar je la.

Sama seperti dalam filem pendek raya 2022 pertama dari MyDebit. Kisah Adam, anak bongsu yang rasa hidupnya selalu tak aci. Tak dapat merasa barang baru, semuanya pakai barang warisan abang dia, Along. Mana aci!

Adam fed-up, terpaksa mengalah banyak kali untuk Along

Bukan setakat barang keperluan je yang Adam ni sebagai adik kena mengalah. Kadang-kadang tu, hal remeh-temeh pun kena mengalah dengan Along. Banyak kali Adam ni kata, mana aci?! Kalau korang jadi Adam, mesti fed-up jugak!

Tiba-tiba je, Adam nampak sesuatu yang buatkan dia sangat teruja. Apa agaknya tu? Ha kalau nak tahu, korang kena lah tengok filem pendek ‘Mana Aci’ ni sendiri. Confirm meleleh air mata nanti!

Bukan bezakan, cuma keadaan tak mengizinkan

Sebenarnya, mak ayah kita ni bukanlah nak membezakan kasih sayang antara kita dengan adik beradik yang lain. Tetapi lebih kepada memikirkan mana yang lebih memerlukan sebab keadaan dorang sendiri yang tidak mengizinkan. 

Kadang-kadang mak ayah lebih mementingkan keperluan anak-anak berbanding keperluan dorang sendiri. Jadi sebagai anak, kita patutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Cuma mahu perasaan difahami

Sebagai ibu bapa pula, kita kena lah pandai tackle hati anak-anak supaya tak ada yang terasa hati. Janganlah terus marah anak-anak bila orang minta something tu, nak-nak lagi anak yang masih kecil. Kesian dorang nanti.

Kadang-kadang, anak sedih bukan sebab tak dapat apa yang dorang nak, tapi cuma nak perasaan dorang difahami oleh orang tua. Janganlah pula kita pandang rendah dekat perasaan anak yang masih kecil. Tak baik tu!

Setiap anak mesti ada perangai masing-masing, dan sebab itu jugalah setiap anak itu adalah istimewa. Jadi kena lah adil antara satu sama lain.

Guna MyDebit je untuk pembayaran yang senang dan mudah!

Dalam video ni, mak Adam bayar di kedai guna MyDebit je tau. Nampak? Wave terus settle. Tak perlu susah payah bawa cash yang banyak ke sana ke sini. Cashless dengan MyDebit jadikan pembayaran lebih mudah dan pantas.

Tahu tak MyDebit adalah kad ATM bank korang? Dengan MyDebit, pembayaran boleh dibuat secara contactless. Tak perlu bersesak di Mesin ATM untuk keluarkan duit dan tak perlu risau kalau tak cukup cash.

Lepas ni korang kalau nak buat pembayaran pakai  MyDebit je lagi senang. Memang senang sebab boleh guna kat mana-mana. Hidup jadi lebih mudah!

Jangan lupa untuk go cashless bersama MyDebit. Untuk info lebih lanjut tentang MyDebit, korang boleh klik sini tau. Silakan tonton video penuh MyDebit Raya 2022 – Mana Aci di bawah. Selamat Hari Raya!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×