berita

Mana Kaki Kdrama Tu? Ha, Ini Drama Trending & Best Dekat Netflix Yang Korang Boleh Layan!

October 20th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Setiap kali hujung minggu atau pun ada masa, mesti antara korang akan layan movie atau drama dekat Netflix kan? Paling layan sekali mestilah bila tengok Kdrama. 

Selagi tak habiskan series yang ada selagi tu korang rasa tak senang duduk. Bukan apa, bila tengok Kdrama ni rasa macam di awang- awangan je. Kadang-kadang tengah tengok pun boleh berangan. Macam kita pula yang lakonkan watak tu hehe!

Ha…korang nak min suggest tak Kdrama apa yang tengah trending sekarang? Jom tengok senarai dekat bawah ni!

1. Behind your touch

Korang yang mana suka tengok drama misteri tu, min suggest korang try layan drama Behind Your Touch ni. Drama ini dilakonkan oleh pelakon wanita popular Han Ji Min dan bergandingan bersama pelakon kacak Lee Min Ki.

Ia menceritakan tentang Bong Ye-Bun (Han Ji-Min) bekerja sebagai doktor haiwan di kampung Mujin yang aman dan bebas jenayah. Dia juga mempunyai kuasa besar psikometri. Apabila dia menyentuh bahagian belakang seseorang atau haiwan, dia dapat melihat masa lalu mereka. Wahhh power tapi misteri jugak eh!

Paling menarik, semakin dia ingin jauh dengan kuasa yang dia ada, tiba-tiba boleh pula terlibat dengan detektif Moon Jang-Yeol (Lee Min-Ki) dalam pasukan penyiasat jenayah kekerasan di Seoul. Apa lagi, dia guna lah kuasa besar psikometri khas Bong Ye-Bun yang ada tu…

2. My Lovely Liar

My Lovely Liar mengisahkan Mok Sol Hee (Kim So Hyun) yang mempunyai keistimewaan boleh mendengar penipuan. Dia gunakan keistimewaan tersebut sebagai sumber pendapatan dan juga kariernya, Liar Hunter dengan tagline ‘if I say so, then it is’.

Sol Hee juga ada buka kafe dengan kawannya untuk sembuyikan bisnes utamanya iaitu sebagai Liar Hunter. Memandangkan client nya terdiri daripada orang kaya dan juga VVIP, oleh itu dia mahukan privasi itu.

Sementara itu, Kim Do Ha (Hwang Min Hyun) merupakan seorang songwriter yang berjaya memenangi anugerah. Jadi, ramailah penyanyi dan komposer nak bekerjasama dengan dia tapi identiti Kim Do Ha sangat misteri menyebabkan ramai wartawan cuba membongkarkan identitinya.

3. Destined With You

Drama ini mengisahkan tentang seorang pengacara yang berbakat iaitu Jang Shin-yu (Rowoon). Ke mana pun dia pergi, orang akan kenal dan suka. Tapi sebenarnya Rawoon mengalami masalah kesihatan yang agak misteri.

Penyakit misteri itu dikatakan oleh kerana kutukan keluarga nya yang turun temurun dan hanya boleh sembuh dengan buku berusia 300 tahun yang tersimpan dalam sebuah kotak yang tak diketahui keberadaannya. Fuh, macam tu pulak eh!

Kalau korang nak tahu apa jadi seterusya, korang kena layan sampai habis!

4. King The Land

Drama King The Land mengisahkan tentang Gu Won (Lee Junho), seorang putra keluarga chaebol yang kaya dan pewaris dari King Group.

Meskipun memiliki penampilan elegan dan kecerdasan yang tajam, Gu Won memiliki kepribadian yang sombong dan agak baran, sampaikan susah untuk dia menjalinkan hubungan.

Tapi, satu hari ada seorang perempuan iaitu Cheon Sa-rang (Im Yoona), yang sangat mempesona dan mempunyai sifat yang ceria dan mudah tersenyum. Keduanya bertemu ketika Sa-rang bekerja sebagai karyawan di King Hotel.

Wahhh! Nampak macam ada bibit-bibit percintaan bermula je disitu kannn…Haishhh, korang kena tengok ni!

Tapi, tak best pulak kalau layan Kdrama ni kalau takde snek nak makan!

Alaaa, jangan risau, Roma ada keluarkan biskut kelapa yang paling sedap korang boleh nikmati wehhh! Paling best, pek bungkusan biskut tu ada muka Lee Minho. Fuhh! Vibe-vibe korea ni…

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Lepasni boleh lah minum kopi atau teh cicah Biskut Kelapa Roma, sambil layan Kdrama yang ada lakonan Lee Minho pulak, pehh feeling habis! 

Biskut Kelapa Roma juga istimewa buat para ibu

Korang tau tak bukan orang-orang muda je yang selalu layan kdrama ni. Mak-mak kita pun layan juga tau! Lagipun, Biskut Kelapa Roma ni merupakan biskut favourite Lee Minho yang istimewa buat menghargai para ibu dekat luar sana!

Siap ada tagline“Biskut No 1*, Untuk Ibu No 1”.  Jadi, mak-mak yang sambil-sambil duduk rumah dan spend time dengan anak-anak sambil layan drama dekat tv tu, boleh la nikmati biskut ni!

*PT Mayora Indah Tbk claim based on NielsenIQ Retail Measurement Service data MAT April 2022 for biscuit category in Indonesia. (Copyright (C) 2022, NielsenIQ)

Rasa kelapa yang asli dan segar, sesuai dinikmati bersama air ataupun smoothie!

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Paling menarik tentang biskut ni adalah kerana rasa kelapanya yang segar dan asli. Aroma kelapa yang ada juga buat korang rasa macam puas untuk dinikmati. Kiranya sekali suapan tu pasti nak lagi!

Bukan setakat boleh makan macam tu je, korang juga boleh jadikan Biskut Kelapa Roma ni sebagai air smoothie tau! Menarik jugak kan! Boleh lah hidang untuk keluarga atau tetamu yang datang rumah korang nanti kann…

Dah tak sabar nak try? Jom lah dapatkan sekarang!

Buat korang yang nak cuba keenakan Biskut Kelapa Roma keluaran Mayora ni, boleh terus beli dan dapatkan di Mayora Official Store di Lazada. Selamat menjamu selera!

SKIP THIS AD ×