Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdullah Kadir merayu adik lelakinya untuk pulang ke rumah setelah didakwa merajuk sebelum menghilangkan diri sejak beberapa bulan yang lalu.
Menerusi akaun Facebooknya, dia memaklumkan bahawa bapa mereka Abd Kadir Ramli telah meninggal dunia petang semalam dan berharap adiknya dapat mengetahui berita tersebut.
Abah dah tak ada adik
Dik kau dekat mana? Kau dekat mana dik? Mana kau hilang dik? Tak rindukan kami ke? Abah dah tak ada dik, dah pergi buat selamanya. Petang ni kami berduka lara, menangis meredai kepergian Abah. Kami dah tak tahu cari kau di mana dik. Balik la dik, balik. Sampai bila kau nak merajuk dik? Sampai bila kau nak bawa diri dik? Balik dik. Dah puas cari kenalan kau dik satu orang pun tak tahu kau di mana.
Laporan polis pun dah buat. Kau kat mana dik? Berapa bulan lagi kau nak menghilangkan diri? Siapa yang mengenali lelaki berbaju merah maklumkan yang ayahnya telah meninggal dunia petang ni. Al-fatihah. Tolong share supaya berita ni sampai padanya. Balik la, balik. Al-Fatihah, Abd Kadir bin Ramli.
Menurut Abdullah, mereka sekeluarga sudah buntu mencari adik mereka yang hilangkan diri. Malah, laporan polis sudah dilakukan. Tambahnya, dia berharap adiknya itu mengetahui berita bahawa bapa mereka sudah meninggal dunia.
Kita ziarah kubur
Dik raya tahun ni kita ziarah kubur Abah. Dik, kami tunggu dik. Tunggu kepulanganmu. Jangan hampakan kami dik! Pulanglah dik, umi rindu sangat. Semua orang tunggu. Kami mohon maaf dik apa yang salah dan silap. Mari kita buang yang keruh ambil yang jernih. Air dicincang takkan putus dik, kita sedarah sedaging. Yang pergi kita relakan yang ada kita hargai.
Abdullah turut memohon maaf kepada adiknya dan berharap remaja itu segera pulang ke rumah. Semua ahli keluarganya turut menanti kepulangan remaja tersebut.
Sumber: Abdullah Kadir