berita

Mana Peminat Warna Pink Tu, Munculkan Diri Guys! Korang Mesti Suka Benda-Benda Macam Ni!

March 21st, 2023 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Sebenarnya warna ni memainkan peranan penting dan memberi impak pada kita secara sedar atau tak sedar tau. Kadang-kadang nak beli something tu jadi terpikat sebab warna yang kita rasa berkenan. Korang pernah tak ada kawan atau korang sendiri, kalau nampak warna pink je mesti excited!

Kalau boleh semua benda yang korang pakai, makan semua nak warna yang sama. Bukan apa, warna pink atau merah jambu ni kan nampak soft, comel pulak tu! Mesti lah ramai yang suka kan. Ha…ni kami ada satu benda nak kongsi, pasti korang tak sabar!

Wall’s hadir dengan perisa terbaru iaitu Strawberry Yogurt Tub!

Wahhh ada Strawberry Yogurt Tub terbaru lah! Dengar nama pun dah sedap, apatah lagi bila makan nanti. Nak tau kenapa? Ha…sebab ia berasaskan ais krim yogurt dan didatangkan dengan pusaran dan kepingan strawberi yang fresh.

Strawberry Yogurt Tub ini juga hadir dengan kandungan lemak yang lebih rendah, kaya dengan sumber vitamin C dan antioksidan lain. Buat peminat buah strawberi tu, kalau korang tak beli memang satu kerugian. Sekali makan automatik akan jatuh cinta!

Bukan tu saja, korang juga boleh nikmati bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan. Tak kira lah dalam majlis apa pun. Lagi-lagi kalau korang yang tengah berdiet, memang sesuai sangat weh! Rasa dia pun tak manis sangat. Jadi, takde lah rasa bersalah sangat nak makan kan.

Alaaa tak makan strawberi lah, takpe. Korang boleh cuba Wall’s Carte D’or!

Wall’s Carte D’or hadir dengan dua perisa berbeza iaitu Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge. Eh ni perisa apa pula ni? Sedap ke? Mestilah guys!

Kalau korang nak tahu, Café Latte Brownie diperbuat daripada kepingan coklat dan brownie dari Itali, manakala Butter Almond Fudge pula menggunakan kacang badam berkualiti tinggi dari Australia berserta kepingan brownie dan sos fudge coklat. Fuh! Kecur air liur ni…

Korang memang kena cuba dan nikmati aiskrim berinspirasikan warisan Perancis yang lazat ni tau! Paling menarik, ia mula dilancarkan pada tahun 1978 dan Carte D’Or merupakan jenama premium yang diilhamkan dari gastronomi Perancis yang hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti yang terbaik dari serata dunia. Hebat wehhh.

Ha…demi nak menghasilkan aiskrim yang sedap dan lemak berkrim ni untuk korang, mereka bawakan hasil dan rasa yang premium! Boleh lah sekali-sekala treats masa cheat day hehe

Jom lah dapatkan & nikmati pencuci mulut yang lazat dari Wall’s sekarang!

Semua perisa memang favourite betul kan? Jadi, jangan lupa basah kan tekak korang dengan pemanis mulut dari pelbagai jenis variasi dari Wall’s ni. Confirm layan bila makan.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan Yogurt Strawberi Wall’s dan perisa Carte d’Or baharu ini di pasar raya berdekatan korang harini juga. Nak tahu lebih lanjut mengenai produk Wall’s yang lain, boleh layari laman web mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×