berita

Mantap! ASICS Memperkenalkan Kasut GEL-KAYANO™ 30 Dengan Teknologi Baharu. Ringan, Stabil & Selesa!

July 20th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Bukan sahaja stabil, selesa & ringan malah ianya sangat premium dan berteknologi. Itulah ungkapan yang min boleh cakap tentang kasut larian GEL-KAYANO™ 30 daripada ASICS yang baru jer dilancarkan baru-baru ini.

Koleksi ASICS GEL-KAYANO™ 30 kali ini, menampilkan teknologi baharu yang memfokuskan untuk memberi kestabilan yang unggul serta keselesaan ketika memakainya. Kalau macam ni baru semangat nak jogging betul tak?

Kita semua tahu yang ASICS sentiasa komited dalam menginovasi kasut mereka untuk memberikan kita keselesaan yang berpanjangan. ASICS hanya mahukan yang terbaik!

Apa? ASICS memperkenalkan Teknologi 4D GUIDANCE SYSTEM™!

Untuk pengetahuan korang, ASICS GEL-KAYANO™ 30 kini telah menggunakan Teknologi 4D GUIDANCE SYSTEM™. Mesti korang tertanya-tanya teknologi apa tu kan?

Teknologi ini berfungsi apabila adanya pergerakan badan dengan memberikan kestabilan yang optimum dan mempertingkatkan keselesaan apabila si pemakai memerlukannya ketika berlari.

Tiada lagi sakit kaki dengan Teknologi PureGEL™!

Haa….Kalau korang nak tahu, ASICS merupakan sebuah jenama sukan terkenal dengan kualiti yang lebih baik serta mementingkan keselesaan dengan Teknologi PureGEL™ tau.

Teknologi PureGEL™ telah dicipta untuk mengurangkan kesan impak ketika berlari serta meningkatkan penyerapan hentakan dan akan memberikan korang pengalaman pendaratan yang lebih lembut dari biasa!

Versi teknologi GEL™ yang telah diperbaharui ini menyediakan penyerapan impak termaju dengan 65% lebih lembut daripada teknologi GEL™ sebelumnya tau. Mantap!

Tiada lagi sakit kaki lepas ni dan larian semakin lancar dengan ASICS GEL-KAYANO™ 30!

Bukan setakat tu jer, kasut ini juga menampilkan keselesaan dan kelajuan yang lebih baik melalui gabungan Cushioning + Additional Stack Height, FF BLAST™ PLUS ECO yang ringan, dan ketinggian tindanan sebanyak 4mm. Hebat kan!

Dalam ujian yang telah dijalankan oleh Institut Sains Sukan ASICS di Kobe, GEL-KAYANO™ 30 telah memberikan peningkatan yang ketara dalam keselesaan ketika memakainya.

Si pemakai juga, merasakan bahawa kasut ini lebih selesa selepas berjalan lama berbanding ketika mula-mula memakainya.

Lagi lama korang pakai, lagi selesa tau!

Bahan kusyen ini mengandungi lebih kurang 24 peratus kandungan berasaskan bio, yang membantu mengekalkan kasut larian ini lebih ringan dan lantunan yang lebih kuat.

Menurut Alexander (AJ) Andrassy, Pengarah Global Performance Running Footwear berkata, kasut baharu ini menawarkan kestabilan, keselesaan dengan kusyen termaju yang lebih baik dari sebelumnya!

Inilah sebab mengapa kasut GEL-KAYANO™ adalah legenda ASICS!

Cepat dapatkannya SEKARANG!

ASICS GEL-KAYANO™ 30 baharu akan tersedia secara meluas di Malaysia untuk instore dan dalam talian di asics.com bermula dari 1 Julai 2023 dengan harga RM 699 sepasang!

Punyalah excited min pun dah tak sabar nak dapatkan sepasang tau! Korang pun tunggu apa lagi? Run besti run!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi ASICS atau laman Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×