berita

‘Manusia Jenis Apa Kau Ni?’ – MK K-Clique Berang, Pembantu Peribadi Mengaku Ambil ‘Job’ RM160k!

March 30th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi rap kumpulan K-Clique iaitu MK terkejut dan terkilan apabila mengetahui dirinya dikhianati bekas pembantu peribadi. Dia sebelum ini telah memuat naik status menerusi laman Instagram mendakwa bekas pembantunya itu telah menipu dan mengambil wang daripada pihak yang pernah bekerjasama selain menfitnah penyanyi rap ini.

Terbaru, MK berkongsi keratan perbualan Whatsapp dengan seorang individu yang dipercayai bekas pembantunya itu di laman Instagram. Individu berkenaan tampil memohon maaf kepada MK secara peribadi dan berjanji akan membayar semua hutang kira-kira RM160 ribu!

‘Jangan buat main benda ni’

Sebelum ini, MK telah memohon maaf di kepada umum dan mana-mana pihak terlibat kerana bekas pembantunya didakwa telah ambil job tanpa pengetahuannya dengan menggunakan nama penyanyi rap itu. Isu ini dipercayai telah berlaku sejak tahun lalu lagi dan perkara ini telah mencetuskan fitnah dengan mendakwan MK telah ‘melarikan’ duit.

Susulan itu, dipercayai bekas pembantunya telah menghubungi MK secara peribadi bagi menyelesaikan masalah ini selain melangsaikan hutang.

Aku betul-betul minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Lagipun aku sudah bincang sama mem aku. Sekarang ini aku kami usaha jual kereta dan kereta mem aku untuk selesaikan dengan kau dan mem aku jual rumah. Kami ganti duit untuk bayar kau mat. Boleh mat?

Aku wakil dari family aku minta maaf banyak-banyak. Total semua RM160k. Cuma mat minta masa 1 hingga 2 minggu untuk selesaikan semua ini. Boleh mat?

Manusia jenis apa kamu ni?

Sementara itu, MK memaklumkan tujuan dia berkongsi keratan gambar permohonan maaf tersebut adalah bertujuan untuk mana-mana pihak yang pernah menjadi mangsa. Malah, selama ini MK mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkara ini kepada umum kerana khuatir dan ingin menjaga aib keluarga bekas pembantunya.

Manusia jenis apa kamu ni. Aku post minta maaf untuk orang yang terkesan dengan perbuatan kau ni. Orang yang kena maki hamun oleh perbuatan kau. Bukan salah faham atau minta maaf dengan kau. Aku tutup benda ni supaya family atau orang terdekat kau tidak malu.

Sekarang di FB kau pusing benda ni salah faham dan aku minta maaf dengan kau? Manusia jenis apa kau ni? Gila la. Sabar nanti aku post semua benda.

Sumber: MK K-Clique

SKIP THIS AD ×