berita

‘Manusia Kalkulator Malaysia’ Bikin Juri Asia’s Got Talent Tercengang

March 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Asia’s Got Talent sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia. Mereka perlu mempersembahkan sesuatu yang menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Jika sebelum ini, kumpulan Nama dari Malaysia telah memukau para penonton dan juri dengan nyanyian acapella berkumpulan, kali ini giliran seorang remaja berusia 15 tahun pula membuatkan para juri ‘pening kepala’.

Budak kalkulator

Menerusi video Asia’s Got Talent, remaja yang dikenali sebagai Yaashwin Sarawanan, yang berasal dari Kuala Lumpur itu mengejutkan para juri dengan kehebatannya dalam pengiraan angka tanpa menggunakan kalkulator. Remaja itu telah membuatkan David Foster tercengang apabila membuat hitungan dan meminta juri tersebut menggunakan kalkulator bagi menyemak setiap angka yang disebutkan.

Pengiraan yang tepat

https://www.instagram.com/p/ButToUvn-uY/

Ternyata, pengiraan yang dilakukan tanpa sebarang bantuan adalah tepat. Kesemua juri dibekalkan dengan kalkulator untuk membuktikan kesahihan pengiraan remaja tersebut. Remajja tersebut secara tidak langsung telah digelar Human Calculator kerana kehebatannya menghitung dan mencongak angka dengan mudah.

Tahniah! banggakan Malaysia

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga terhadap remaja tersebut kerana mengharumkan nama Malaysia.

Sumber: Asia’s Got TalentYaashwin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×