berita

Marcell Sebak Tuju Lagu ‘Takkan Terganti’ Buat Arwah Adibah Noor

December 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

“Persembahan Marcell sangat wow dan menyentuh hati semua peminatnya!” Itu antara respons balas daripada peminat yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur, bagi menonton konsert penyanyi terkenal Indonesia, Marcell Siahaan, semalam (Jumaat).

20 lagu yang cukup bermakna

Marcell telah menyanyikan 20 buah lagu ‘hitsnya’ iaitu Ketika Kau Menyapa, Sudahlah, Kau Bisa Ku Bisa, Jangan Pernah Berubah, Peri Cintaku, Perih, Sesuka Hatimu, Bahasa Kalbu, Kini, Berhenti Berharap, Candu Asmara, Mau Dibawa Ke Mana, Firasat, Semusim, Mendendam, Hanya Memuji dan Takkan Terganti.

Kenang Allahyarham Adibah Noor

Setiap lagu tersebut mempunyai kisah tersendiri dan paling mencuri tumpuan pihak OhBulan! dan penonton yang hadir adalah lagu ‘Takkan Terganti’. Lebih bermakna, Marcell memberitahu bahawa lagu tersebut ditujukan khas buat arwah Adibah Noor.

Ujar Marcell, Adibah Noor merupakan penyanyi yang banyak memberi inspirasi kepada dirinya terutama dalam karier muzik.

Buat Kak Adibah, lagu ini buat kamu dan tidak kira di mana saja kamu berada.

 

Dalam pada itu, konsert yang berlangsung lebih kurang dua jam itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan antaranya Aisha Retno, Marsha Milan, Daniesh Suffian, Yuka Kharisma dan Che Puan Syamim Farid.

Sumber Foto: Der @ Ahmad Sharu & Cipot

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×