berita

Mari Kunjungi Bazaar Raya TV3 & Jumpa Selebriti Kegemaran Anda!

August 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sambutan Hari Raya mungkin tidak akan lengkap tanpa juadah kuih raya dan baju baru. Bagi menghangatkan lagi sambutan Hari Raya yang bakal tiba ini, TV3 menganjurkan “Bazar Terbaik Raya TV3” di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 & 10 Ogos 2012.

Bazar Terbaik Raya TV3 yang buat kali pertama diadakan ini menyediakan lebih daripada 30 gerai yang dikendalikan bersama barisan selebriti popular seperti Fizo Omar, Iqram Dinzly, Dato’ Shah Rezza, Zahida Rafik, Danny X-Factor, Shera Ayob, Tasha Shilla, Fauziah Gous, Karl Shafek, Nadia Mustafa dan Mimi Haris serta ahli My TV3, Kelab Media Prima dan pihak penaja.

Antara barangan yang akan dijual termasuklah kuih raya, baju raya, jubah, aksesori raya, tudung, serunding, barangan wangi-wangian dan peralatan solekan, cenderahati eksklusif Boboiboy dan macam-macam lagi dengan harga yang menarik.

Kepada orang ramai, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi “Bazar Terbaik Raya TV3” yang akan berlangsung selama 2 hari pada 9 dan 10 Ogos 2012 hari Khamis dan Jumaat bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang untuk membeli-belah barangan keperluan Hari Raya di samping dapat beramah-mesra dengan barisan personaliti TV3, artis-artis tanahair serta penampilan istimewa Boboiboy dan rakan-rakan berbaju raya.

SKIP THIS AD ×