
Ucapan pelakon dan usahawan, Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania telah menarik perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Aslam Datang Minta Maaf – ‘Cuba Terangkan Masa & Keadaan Bila?’
Kejutan untuk Marissa

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan memuat naik video memaparkan dirinya melakukan kejutan ulang tahun kelahiran untuk Marissa.
Menurut Abby, Marissa memiliki perwatakan seorang anak yang baik, namun tindakannya kadangkala sukar untuk dijangka.
Anak yang baik tetapi penuh teka-teki.
Yang sukar untuk dijangka, inilah dia Marissa.
Dalam pada itu, Abby turut berharap Marissa sentiasa kuat menghadapi cabaran dalam hidupnya serta taat kepada Allah S.W.T.
Cepat sangat anak Mama membesar, Mama rindu adik (Marissa) yang dulu (kecil).
Semua sayang adik. Semoga terus kuat dan terus terhebat dijalan-Nya.
Jangan lupa jaga solat, aurat dan ikhtilaf. Semoga anak Mama kaya dan berjaya di dunia serta akhirat.
Sumber: Instagram








