Pempengaruh media sosial, Marissa Dania tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan dia lebih memilih untuk melakukan siaran langsung (live) bersama ibu tiri, Memey Suhaiza berbanding ibu kandungnya, Abby Abadi.

Artikel Berkaitan: Marissa Nafi Ketepikan Abby, Tak Pernah Lebihkan Norman & Memey – ‘Tiada Siapa Mahu Bergaduh Dengan Ibu Sendiri’

Artikel Berkaitan: ‘Menangis Sampai Terkencing… Bersalin Dalam Kereta, Ada Dia Peduli?’ – Abby Abadi Trauma, Diuji Sejak Hamil Anak Pertama

Tolong berniaga

Menerusi kenyataan di Instagram Story (IGs), Marissa berkata perbincangan untuk melakukan live bersama pada Selasa sudah lama dibincangkan.

Menurutnya, segala urusan berkaitan kerja telah dirancang lebih awal dan bukannya diputuskan sehari atau dua hari sebelum itu.

Ada yang isukan saya live menjual hari ini (semalam) dengan hal personal keluarga.

Kempen live TikTok 7/7 ni dah lama plan, bukan baru sehari atau seminggu awal.

Jelas Marissa lagi, dia hanya hadir atas urusan kerja dan memenuhi komitmen yang telah dipersetujui lebih awal.

Apa-apa kerja pun semua perlu dirancang dahulu. Saya datang live, buat kerja.

Malah kata Marissa, dia kini dalam perbincangan bersama Abby Abadi untuk menjalinkan kerjasama dalam perniagaan tudung.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Marissa dilihat melakukan live bersama Memey manakala Abby melakukannya seorang diri.

Tindakan itu menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi sehingga menjejaskan meraih perhatian Marissa.

Sumber: Instagram