
Desas desus mengenai pempengaruh, Marissa Dania menemui pengganti baharu semakin hangat diperkatakan selepas gambar kolaj tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Saya Hantar Ke Tahfiz, Saya Kagum Marissa Boleh Tulis Semula Ayat Al-Quran’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: Makan Wagyu Bersama Marissa Dania, Abby Abadi Nafi Bergaduh – ‘Saya Tuju Untuk Mereka’
Sudah temui pengganti?
Spekulasi itu semakin kuat apabila seorang lelaki dikenali sebagai Munir Akhunov memuat naik gambar yang memaparkan Marissa di Instagram miliknya.
Hantaran itu seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka berdua meluangkan masa bersama, sekali gus menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan netizen.
Malah, Munir turut dilihat mengikuti akaun Instagram ibu Marissa, iaitu pelakon, Abby Abadi.
Sebelum ini, nama Marissa kembali hangat diperkatakan selepas didakwa sudah menemui pengganti baharu.
Terdahulu, Marissa disahkan bercerai dengan pempengaruh, Ahmad Aslam.
Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.
Sumber: Instagram