berita

Marketing Melalui Suri Hati Mr Pilot, Neelofa Kongsi Tips Bisnes Sehingga Cecah 50 Juta Jualan

November 13th, 2016 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

neelofa

Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik, pengacara dan pelakon popular Neelofa juga dikagumi ramai kerana kehebatannya dalam pelajaran. Malah, kejayaannya dalam bidang perniagaan kini dah cukup membuktikan yang Neelofa seorang yang ‘beauty with the brain’.

Haish dahla pretty, educated, brilliant, rich! Memang beruntung. Tapi ramai tak tahu yang pada awal perniagaan, jumlah belian hanya 200 helai sahaja. Macam mana boleh buat sampai berpuluh juta tu?

Tidak berlakon selama 3 tahun & fokus bisnes

neelofa1

Perkongsian Kejayaan Neelofa.

Neelofar dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai DNA berniaga. Dari nenek moyang dan ibunya memang minat berniaga.

Beliau biasa membantu ibunya berniaga. Malah neelofa pun mencuba bermacam-macam perniagaan seperti perniagaan kasut, jubah neelofa dan contact lens sebelum meletop dengan tudung instant shawl.

– Menubuhkan Neelofar pada tahun 2014
– Menjalankan perniagaan ? % online pada masa itu.
– Permulaan jualan, beliah hanya membuat 200 helai sahaja.
– Selepas mendapat sambutan, barulah mereka mula membuat jualan di bazar-bazar dan di expo-expo.
– Beliau mempunyai 800 agen yang berdaftar tetapi hanya 400 sahaja yang aktif. Sekrg telah membuat sistem yang lebih ketat untuk mencari agen yang berkualiti.
– Apabila bertekad membuat biz beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja.

Guna Bahasa Inggeris sehingga dapat jualan dari luar negara

neelofa_28062016_620_465_100

– Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.
– Jualan dalam negara pada tahun lepas 50 juta.
– Hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.
– Selepas 3 tahun tidak berlakon, beliau rasa perlu kembali membuat marketing melalui lakonan. Jadi beliau berjumpa Micheal Ang.
– Kebetulan Micheal Ang kata ada 1 naskah dan setuju Neelofa jadi heroin drama tersebut iaitu Suri Hati Mr Pilot.
– Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili
a) Warda semasa bujang
b)Warda selepas berkahwin
c) Warda selepas dapat anak.

– Ternyata percaturan beliauk berjaya apabila jualan tudung warda meletop-letop sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot.

Pesanan kepada yang nak ceburi bisnes

arip8_bo

– Pesanan beliau kepada yang baru nak menceburi dunia bisnes
a) Mesti tahu brand identiti yang ingin ditonjolkan. Logo, warna (beliau menetapkan tudung neelofar hanya menggunakan warna-warna pastel) cara copywriting (tentukan corak bahasa dari Day 1)
b) Kena tahu siapa target market produk kita.
c) Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.
d) Gunakan pemasaran yang murah. Beliau mulakan dengan low cost marketing. Hanya di FB dan instagram.
e) Pos banyak kali dalam sehari. Guna gambar yang berbeza-beza.
f) Bagi detail bagi setiap collection
g) Feed info yang valuable kepada pelanggan
h) Membuat marketing dengan cara yang berbeza (terlalu banyak org buat tutorial, video dan sebagainya- tahun ini beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri) Mesti kreatif!
i) Manfaatkan sepenuhnya media sosial.

Banyak input yang diperolehi daripada perkongsian Neelofa. Beliau memang berusaha keras untuk menjadikan bisnesnya seperti hari ini.

#dayaeusahawan
#mdec
#menggapaiimpian

sumber:Rosfazila Ramli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×