Susulan babak ranjang yang dilakonkan oleh pelakon otai, Wan Hanafi Su dan Marsha Milan Londoh menerusi filem terbaru mereka, Laga, akters berketurunan Kadazan-Dusun itu menjelaskan bahawa dia puas kerana dapat merealisasikan watak tersebut dengan baik seperti mana yang dikehendaki oleh pengarahnya, Ismail Yaacob.
Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya.
Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
Artikel Berkaitan :
Marsha puas dapat lakonkan babak intim dengan baik
Mengulas lebih lanjut mengenai adegan panas itu, pengacara Propaganza ini akui sejak awal lagi dia sudah sedia maklum dengan babak tersebut dan sudah bersedia untuk melakonkan babak intim berkenaan.
Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.
Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.
Selain itu, Marsha turut menggesa agar para penonton menyaksikan sendiri filem ini di pawagam, supaya mereka dapat memahami plot cerita yang sebenar.
Sumber : Sinar Harian Online