Pelantun suara ‘Kembali Terang’ iaitu Marsha Milan mengakui bahawa dia terbayang wajah sahabat baiknya, Nad Zainal ketika bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM 37), semalam.
Nad kena kuat
Ketika ditemui pada sidang media SFMM 37 hari pertama, Marsha hampir mengalirkan air mata tatkala berkongsi momen sedih sewaktu dirinya melawat Nad Zainal di hospital. Menurut Marsha, dia tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat anak Nad Zainal mengalirkan air mata sewaktu melihat ibu mereka terlantar di unit rawatan rapi (ICU). Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk menjadi seorang ibu, Marsha berkata momen itu sangat menyentuh hatinya.
Beberapa bait lirik yang ada dalam lagu tersebut seakan berkait dengan keadaan yang sedang dilalui oleh Nad. Masa nyanyi tadi, saya memang terngiang-ngiang lagu ni untuk Nad. Sebab saya, Nad dan beberapa rakan artis yang lain ada dalam satu Whatsapp group yang sama. Kami janji nak jumpa, tapi tak dapat jumpa pun. Bila jumpa dia dalam keadaan macam tu saya sangat sedih dan kecewa. Saya nampak anak dia, mak dia menangis. Ramai kawan-kawan bagi semangat dekat dia. Masa saya ada dekat situ oksigen dia dah naik.
Bercerita lebih lanjut, Marsha memberitahu dia berkesempatan untuk bercakap dengan Nad ketika melawat tempoh hari.
Saya ada bercakap dengan dia macam ni. Nad kena kuat dan teruskan perjuangan sebab Nad ada anak-anak yang tunggu. Kita ada janji. Bila cakap macam tu dia jadi positif. Semangat kawan-kawan boleh buat dia jadi kuat. Walaupun dia dalam keadaan tidur, saya nampak dia mengalirkan air mata bila cakap pasal anak. Dia dengar.