
Penyanyi, Marsha Milan menafikan dirinya sedang berbadan dua seperti yang didakwa segelintir netizen selepas video persembahannya di Konsert Suara 34 tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Terima Tajaan Buat IVF, Terpaksa Tolak Sebab Mental Belum Sedia – ‘Ada Beberapa Hospital Melamar’
Artikel Berkaitan: Marsha Dedah Ibu Pernah Tak Restu Jadi Penyanyi & Terima Bayaran Hanya RM570 – ‘Saya Terpaksa Pinjam Wang Dekat Adik Beradik’
Tak mengandung

Menerusi perkongsian di Instagram, Marsha Milan Londoh, 40, memuat naik gambar manisan sambil menyatakan badannya nampak berisi kerana makanan.
Marsha juga menyatakan selera makannya makin bertambah sehingga berat badannya naik.
Rentetan dari semalam.
Saya tidak mengandung, saya makan banyak sahaja.
Netizen dakwa Marsha hamil

Sebelum ini, Marsha memuat naik video dirinya melakukan persembahan di Konsert Suara 34.
Perkongsian itu menarik perhatian apabila netizen mendakwa kelihatan seakan ‘baby bump’ pada perut pelantun lagu Hening Rindu itu.
Imbas kembali, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.








