
Penyanyi Marsha Milan meluahkan rasa teruja apabila bakal berkongsi pentas bersama kumpulan, Ungu, sempena konsert ‘Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur’ yang akan berlangsung pada 5 September depan di Idea Live Arena.
Marsha teruja kongsi pentas dengan Ungu

Marsha yang diumumkan sebagai penyanyi jemputan khas mengakui tidak menyangka impiannya untuk berduet dengan vokalis Ungu iaitu Pasha akhirnya bakal tercapai.
Sejujurnya, bila Abang Pasha datang buat persembahan di GV baru-baru ini, saya ada di sana. Dalam hati saya sempat terfikir, ‘Bestnya kalau satu hari nanti dapat berkongsi pentas dan berduet dengan Abang Pasha.’
Jadi apabila saya menerima tawaran ini, saya rasa sangat gembira. Rasa macam angan-angan kecil yang saya simpan dalam diam akhirnya menjadi kenyataan,” .
Pelantun lagu Masih Ada Rindu ini berkata, peluang tersebut merupakan satu penghormatan besar kerana dia amat meminati karya daripada kumpulan berkenaan.
Dalam pada itu, Marsha berkata dia kini sedang membahagikan masa antara persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) dan konsert tersebut.
Kedua-duanya memang menjadi keutamaan saya. Buat masa sekarang, fokus saya lebih kepada AJL kerana tarikhnya semakin dekat.
Selepas itu, kami masih ada masa untuk membuat persiapan bagi konsert Ungu pada bulan September,.
Sementara itu, Marsha memaklumkan dia masih dalam proses memilih lagu solo untuk malam konsert, manakala pemilihan lagu duet diserahkan sepenuhnya kepada pihak Ungu.
Apa yang penonton boleh jangkakan daripada saya ialah sebuah persembahan yang penuh dengan penceritaan dan emosi, disertai momen-momen ‘sing-along’ yang pasti mengimbau nostalgia.
Fokus utama kita termasuk saya sendiri adalah untuk benar-benar menikmati konsert ini dan mengimbau kembali kenangan melalui lagu-lagu hebat Ungu.
Konsert bersempena ulang tahun ke-30 perjalanan seni Ungu itu bakal menyaksikan kumpulan tersebut buat pertama kalinya mempersembahkan sebuah lagu baharu mereka.
Sementara itu, Pengarah Konsert daripada COMs. Creative Studio, Zairul Addry Helmy berkata, pemilihan Marsha sebagai penyanyi jemputan mampu menambahkan lagi kemeriahan konsert berkenaan.
Marsha memiliki kekuatan vokal dan penghayatan yang mampu menyentuh emosi penonton.
Kami percaya gandingan beliau bersama Ungu akan menjadi antara momen yang paling dinantikan pada malam konsert nanti.







