berita

Marsha Nyanyikan Lagu Tema HAUS Cosmetics, Produk Lokal Kerjasama Dengan Saintis Dari Switzerland

October 25th, 2022 | by Alia Natasha
Kecantikan

Tidak seperti sebelum ini, Malaysia sekarang sudah maju dalam mengeluarkan produk-produk lokal seperti skincare dan juga makeup. Kalau dulu, nak cari produk skincare atau makeup tempatan ni boleh tahan susah juga.

Tapi sekarang banyak produk lokal yang kita boleh dapati dan ia juga mendapat banyak feedback yang baik dari pengguna. Namun begitu, terdapat juga produk keluaran lokal yang tidak diiktiraf dan berkemungkinan akan merosakkan kulit kita. Takutnyaaaa!

Dengan produk tempatan yang kami nak kongsikan ni, korang dah tak payah risau!

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni, HAUS Cosmetics telah mengadakan sebuah acara untuk melancarkan produk terbarunya, Beaubright, sekaligus meraikan kolaborasi bersama saintis dari Switzerland, Dr Fred Zulli iaitu pengasas kepada Mibelle Biochemistry.

Dalam pada itu, majlis tersebut juga telah diserikan dengan persembahan artis popular, influencer dan Tiktok famous kegemaran korang.

Marsha tampil dengan persembahan istimewa, menyanyikan lagu tema HAUS Cosmetics

Mana peminat-peminat Marsha Milan Londoh? Ha… siapa yang datang ke majlis pelancaran Beaubright di Mytown Shopping Centre haritu, mesti korang dapat tengok Marsha Milan buat persembahan!

Kalau korang nak tau, Pemenang Tempat Kedua Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) ni terpilih untuk menyanyikan lagu tema HAUS Cosmetics ni tau. Dengan suara merdu alunan Marsha Milan ni, layan pulak dengar lagu ni.

Korang dah dengar ke belum lagu tema HAUS Cosmetics? Kalau belum pergi dengar sekarang! Best! Best! Best!

Untuk maklumat lanjut tentang produk terbaru keluaran HAUS cosmetics, korang boleh kunjungi laman web HAUS cosmetics atau media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok.

SKIP THIS AD ×