
Usahawan dan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim, menegaskan bahawa anaknya Wan Maryam amat menyayangi adik-adiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Luahan Anak Sulung Fizo Omar Raih Perhatian – ‘Daddy Ada Ramai Anak…’
Artikel Berkaitan: Mawar Karim Jawab Teguran Netizen Dakwa Tak Ajar Anak Perempuan Solat – ‘Dia Memang Suka Menyanyi & Menari’
Hadiah untuk adik
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Mawar Abdul Karim itu memberitahu bahawa Maryam teruja untuk bertemu dengan adik-adiknya, malah memilih sendiri hadiah buat mereka.
Siapa kata Maryam tak suka? Maryam suka, dia siap beli hadiah untuk adik-adik dia.
Maryam bagus, dia pilih sendiri hadiah untuk adik-adiknya.
Menurut Mawar, perasaan cemburu yang ada dalam diri seorang anak adalah perkara biasa terutama apabila mereka mempunyai adik-beradik yang ramai.
Jangan ambil serius, chill sahaja.
Normal lah budak-budak. Kita pun kalau ramai adik-beradik mesti bergaduh juga, biasalah.
Perasaan anak sulung
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Mawar dan memuji cara dia menjawab persoalan netizen dengan sangat tenang.
Dalam masa yang sama, mereka turut memahami perasaan kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang merupakan anak sulung di dalam keluarganya.
Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung yang sama Maryam beranggapan dirinya kurang mendapat perhatian daripada Fizo selepas bapanya itu dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan bersama isteri, Fazeera Nazri Azrai.
Sekadar info, Maryam merupakan anak daripada hasil perkahwinan terdahulu Fizo bersama usahawan, Mawar Karim.
Walau bagaimanapun, perkahwinan yang terbina pada tahun 2013 itu terlerai selepas Fizo dan Mawar sah bercerai pada 2019.
Fizo kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun dan seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan seminggu yang lalu.
Sumber: TikTok