Usahawan dan personaliti media sosial, Maryam Younarae menzahirkan rasa syukur atas peluang yang pernah diberikan untuk menjadi duta beberapa jenama lokal terkenal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Kongsi Keadaan Anak Selepas Terjatuh Dari Katil – ‘Alhamdulillah, Rian Dalam Keadaan Baik’ 

Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Bersyukur Maryam Bukan ‘High Class’ – ‘Nilai Setia Lebih Berharga Daripada Seluruh Kekayaan Dunia’

Duta tudung

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam dilihat mengimbau kembali momen ketika dirinya menjadi duta bagi dua jenama terkenal.

Tambah Maryam, dia bersyukur kerana diberi peluang serta kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut meskipun ketika itu dirinya belum berhijab sepenuhnya.

Tiba-tiba saya teringat. Saya adalah yang pertama jadi duta bagi satu jenama lokal ketika masih belum bertudung dulu.

Selepas itu, saya juga berpeluang untuk menjadi model bagi satu lagu jenama lokal yang terkenal.

Ketika itu, saya cuma rasa sangat bersyukur dapat peluang-peluang ini.

Dalam pada itu, Maryam menganggap pengalaman tersebut sedikit sebanyak membuka hatinya untuk mengambil keputusan dengan memilih imej berhijab sehingga hari ini.

Tapi bila fikir balik, mungkin pengalaman itulah yang sedikit demi sedikit membawa saya lebih dengan kepada hijab.

Semoga peluang yang sama juga menjadi sesuatu yang baik, bermakna dan membawa banyak kebaikan untuk orang lain.

Sumber: Threads @maryamunrr