Personaliti media sosial, Maryam Younarae berkongsi momen menceritakan kepada cahaya mata sulungnya, Rina bahawa dia pernah memakan daging khinzir sebelum memeluk Islam.

Artikel Berkaitan: Maryam Terkejut Sambutan Hari Kemerdekaan Di Malaysia Berbeza Dengan Korea Selatan – ‘Betapa Meriahnya Dekat Sini’

Artikel Berkaitan: Maryam Dedah Suami Konsisten Bantu Bentang Sejadah – ‘Perkara Kecil Tapi Tujuh Tahun Dia Masih Buat’

Makan daging khinzir

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam berharap agar Rina membesar sebagai individu yang mempunyai pemikiran terbuka serta mampu menghormati kepercayaan orang sekeliling.

Pada perkongsian yang sama, Rina dilihat terkejut selepas mendengar pengakuan tersebut memandangkan sejak lahir tidak pernah melihat ibunya menikmati hidangan berkenaan.

Hari ini pertama kali saya cerita dekat Rina yang dulu saya pernah makan daging khinzir.

Bila fikir balik, sejak lahir dia tak pernah tengok saya makan daging khinzir, patutlah dia terkejut.

Saya harap Rina membesar dengan pemikiran open mind, boleh faham dan hormat orang yang berbeza dengan dia.

Sebab saya sendiri pun dulu hidup dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza.

Dalam pada itu, Maryam turut menitipkan doa agar Tuhan sentiasa membimbing Rina dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

Kadangkala, dengan memahami orang lain, kita juga dapat lebih memahami kepercayaan dan nilai yang kita pegang sendiri.

Semoga Allah sentiasa membimbing Rina.

Sumber: Threads