
Juara program realiti nyanyian Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), tidak menyangka kemenangan tersebut, membuka ruang baginya untuk menceburi dunia perniagaan.
Artikel Berkaitan: Marygrace Muncul Juara CSOIAM, Bawa Pulang Wang Tunai RM500,000 – ‘Mommy Kita Dapat Pergi Umrah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Impian Marygrace Nak Menyanyi Lagu Rancak Tercapai Dua Minggu Berturut-Turut – ‘Saya Harap Dapat Jadi Finalis CSOIAM’
Kerana minat dunia automotif

Ketika ditemui OhBulan!, Marygrace atau nama penuhnya Marygrace Jane, 24, menjelaskan dengan wang kemenangan bernilai RM 500,000, dia memilih untuk membuka sebuah kedai cat kereta di Sabah bersama rakan kongsinya.
Menurutya, perniagaan ini selari dengan minat mendalam terhadap dunia automotif yang sudah lama tersemat dalam dirinya.
Salah satunya Mary ada buka perniagaan di Sabah, iaitu kedai cat kereta bersama kawan saya.
Kerana Mary minat kereta.
Mary berkata demikian ketika ditemui semasa acara sesi minum petang bersama Marygrace & Kai Deva yang berlangsung di Pavillion Damansara Heights, pada Rabu.
Rumah untuk keluarga

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Titik Mula itu turut menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk membeli sebidang tanah bagi tujuan pembinaan rumah buat keluarganya.
Mary ada beli tanah dan bukan mahu beli rumah, hanya ingin buat rumah.
Dalam pada itu, Mary berkata dia mempunyai perancangan bersama keluarga untuk menunaikan ibadah umrah, namun hasrat tersebut masih dalam fasa perancangan memandangkan adiknya kini masih menuntut pelajaran di semester akhir.
Mary dan keluarga merancang betul-betul kerana adik saya masih belajar tetapi pada bulan ini sudah habis, jadi tahun hadapan kami akan tunaikan umrah bersama.
Walaupun Mary rasa belum bersedia tetapi ibu saya suruh pergi juga bersaam ibu, adik dan mak cik saudara saya.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)