Penyanyi Mas Idayu akhirnya tampil memberi komen terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir Famili Duo pada malam ini.
Vokal terbaik
Menurut Mas Idayu, Naim dan Sissy sebenarnya mempunyai bakat serta suara yang bagus, namun pada minggu keenam mereka membuat kesilapan.
Untuk persembahan pertama malam ini, Mas Idayu berkata vokal Naim dan Sissy sangat baik jika dibandingkan dengan persembahan sebelum ini.
Saya jenis kalau tak suka cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.
Saya ikhlas ini. Daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma ada satu minggu yang mereka tersilap sampai mereka tak sedar yang mereka sebenarnya baik. Keseluruhannya Mummy sangat suka.
Untuk markah bagi persembahan pertama ‘Sumpah’ Naim dan Sissy mendapat 8 markah daripada Mas Idayu dan 7 markah daripada Ajai.