berita

‘Masa Aku Bersalin, Dia Seronok Pergi Clubbing’ – Pernah Maafkan Suami Curang, Isteri Terkilan Suami Tak Serik

June 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bukanlah lagi isu asing dan ianya sering terjadi terutamanya dalam kalangan suami isteri. Itulah situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila rumah tangga yang dibina berkecai di pertengahan jalan selepas si suami mempunyai ‘skandal’ dengan wanita lain.

Suami ‘clubbing’ masa isteri bersalin

Foto: Puan Yulhy

Pengalaman pahit itu dikongsikan menerusi beberapa video di akaun TikTok. Bercerita kembali pengalamannya sebelum ini, Puan Yulhy akui sangat kecewa selepas mendapati suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Meskipun pada ketika itu anak pertamanya baru berusia tiga bulan, Puan Yulhy nekad mahu berpisah dengan si suami. Namun, Puan Yulhy membatalkan niat untuk berpisah setelah dipujuk oleh keluarga mentua.

Dan akhirnya aku memberikan dia peluang dan kesempatan demi anak kami.

Siapa sangka, peluang kedua yang diberikan si isteri dipersiakan begitu sahaja. Ketika si isteri sedang hamil anak kedua, si suami sekali lagi ‘ditangkap’ menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati si isteri apabila si suami tergamak menduakan cintanya lebih-lebih lagi pada ketika itu, dia sedang menanti hari untuk melahirkan anak kedua mereka.

Ketika hari aku bersalin, dia berseronok pergi ‘clubbing’ di Bali tanpa fikirkan anaknya yang baru lahir.

Bayi yang baru lahir itu kemudian dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) kerana si ibu kerap mengalami stres ketika hamil. Wanita ini akur dengan dugaan yang sedang berlaku dalam hidupnya. Rata-rata netizen mendoakan agar Puan Yulhy diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup selain dapat bertemu jodoh yang lebih baik.

Video

Sumber: Yulhy.idrn26

SKIP THIS AD ×