berita

‘Masa Dukung Anak Aku, Diorang Kebas’ – Ibu Dakwa Anak Angkat ‘Diragut’ Keluarga Sendiri

November 7th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu sepatutnya berlangsung dengan penuh keriangan. Tetapi lain pula yang jadi apabila rantai tangan emas yang dipakai anak angkatnya didakwa telah diragut oleh ahli keluarganya sendiri.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook menceritakan kisah hitam yang melanda anak angkatnya itu semasa mereka berkunjung ke Jom Heboh Ayer Keroh, Melaka.

Diambil oleh kenalan rapat

Menerusi perkongsian di Facebook, anak angkatnya itu sentiasa berada dibawah pengawasannya sendiri dan tak pernah dilepaskan ke sembarangan orang. Semasa kejadian berlaku, anak angkatnya itu diawasi dan didukung oleh ahli keluarga sendiri.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa dalam diam mereka yang dianggap rapat dengannya sanggup melakukan perkara tidak bermoral itu terhadap budak yang masih kecil. Tambahnya lagi, dia baru sahaja perasan akan kehilangan rantai berkenaan selepas beberapa hari mengunjungi karnival Jom Heboh tersebut.

Nilai sentimental itu yang mahal

Wanita ini turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Sementara itu, dia meminta orang ramai memaklumkan kepadanya sekiranya mereka menemui rantai tangan emas yang sama di toko-toko emas di Melaka. Sehinggakan dia sanggup membeli semula rantai tangan tersebut.

Bagi wanita ini, bukanlah nilai gelang itu yang dipandangnya tetapi nilai sentimental yang ada pada gelang itu membuatkan ia begitu berharga. Hal ini kerana, rantai tangan tersebut merupakan hadiah pemberian kepada anak angkat kesayangannya itu.

Tak perlu pakai emas ke tempat macam tu

Rata-rata netizen berkongsi nasihat mereka kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengawasi anak mereka terutamanya ketika berada di tempat sibuk seperti itu.

Mereka juga berpendapat bahawa anak-anak kecil kurang sesuai mengenakan aksesori emas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×