berita

‘Masa Ibu Di Wad Bersalin, Bapa Tiri Cabul Saya..Saya Takut, Tak Berani Nak Lawan’

April 24th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki yang berkhidmat sebagai pegawai polis di Surabaya, Indonesia didakwa melakukan pencabulan terhadap anak tirinya.

Dicabul bapa tiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, perilaku terkutuk itu hanya terbongkar selepas mangsa yang berusia 15 tahun itu menceritakan kepada datuknya sekitar pertengahan Ramadan lalu. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengaku telah dicabul oleh bapa tirinya, 50, sejak tahun 2020 dan kali terakhir adalah pada Februari lalu. Lebih mengejutkan apabila tertuduh didakwa mencabul anak tirinya itu ketika si isteri sedang bertarung nyawa melahirkan bayi di hospital.

Ketika ibu di rumah sakit untuk bersalin, saya sendirian di rumah. Bermula dari bilik tidur hingga ke bilik mandi, saya telah dicabul oleh bapa tiri saya.

Saya takut dengan ayah tiri saya. Sebab itu saya tidak berani melawan.

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan dan datuk mangsa berharap agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×