berita

Lebih Baik Tidak Minum Air Secara Terus Dari Paip- Timbalan Menteri Kesihatan

October 22nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bersih dan selamat diminum secara terus kerana ianya bebas bakteria e-Coli.

Terbaru, menerusi laporan Sinar, air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum diminum berikutan paip pengaliran air yang diproses berkemungkinan berkarat kerana telah lama digunakan. Baca penjelasan dari Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengenai isu ini.

Perlu masak terlebih dahulu

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, beliau tidak menggalakkan orang ramai meminum air paip secara terus tanpa memasaknya terlebih dahulu.

Air paip yang telah diproses menerusi loji rawatan air boleh terus diminum kerana ia memang memenuhi piawaian ditetapkan.

Tetapi apabila ia disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh kilometer sebelum air itu sampai ke rumah, kita tidak tahu sama ada ia selamat untuk diminum.

Netizen tidak bersetuju

Menerusi laporan Harian Metro, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal tempoh hari.

Undian yang membabitkan 17,060 pengguna laman sosial dalam talian berhubung persoalan ‘Apakah anda rasa bekalan air di negara ini selamat untuk diminum secara terus dari paip tanpa perlu penapis air? yang dimuat naik pada jam 12 tengah hari tadi di Facebook BH, Harian Metro dan New Straits Times menunjukkan sebanyak 88.7 peratus netizen tidak setuju.

Sumber: Sinar, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×