Baru-baru ini, beberapa orang artis meluahkan rasa bengang apabila segelintir pihak produksi masih mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu hingga pelakon dan kru ‘lunyai’ akibat bekerja lebih masa.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Nak Lajak 14 Jam Masih Boleh Terima, Tapi Bukan Hari-Hari S*B*T’ – Sharnaaz Ahmad Berang Produksi ‘Lenjan’ Kerja 20 Jam

Terbaru, pengarah terkenal iaitu Aziz M Osman menganggap isu ‘melenjan’ pekerja produksi sehingga 20 jam amat memalukan terutama apabila masalah itu dikongsikan di media sosial.

Perlu diselesaikan secara dalaman

Menurut Aziz, masalah ‘rumah tangga’ yang berlaku dalam industri seni tanah air wajar diselesaikan secara kekeluargaan, bukan didedahkan kepada umum sehingga mengaibkan pihak terbabit.

Masalah ‘rumah tangga’ kita perlu diselesaikan secara dalaman bukan diceritakan pada orang luar. Apabila orang luar tahu hal macam ini, ia jadi amat memalukan. Sampai ada persatuan yang menulis surat kepada menteri untuk pecat orang itu orang ini dan ia sangat tidak beretika sebab ini ‘rumah tangga’ kita. Ia sekali gus memalukan kami sebagai penggiat industri.