berita

‘Masalah Saraf Di Kaki & Tak Mampu Bergerak’ – Cikgu Sebak Lihat Semangat Anak Murid Ingin Belajar

November 26th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Bukan semua orang dilahirkan sempurna dan sihat, ada yang terpaksa melalui ujian berdepan dengan kecacatan sejak lahir. Justeru itu, kita sepatutnya bersyukur diberi fizikal dan rohani yang baik oleh Allah SWT.

Sebak kami membaca perkongsian guru ini mengenai anak muridnya yang mempunyai masalah saraf di kaki. Namun kecekalan kanak-kanak ini untuk belajar dan hadir ke sekolah tidak menampakkan dia dalam kekurangan.

Terpaksa menggunakan alat untuk bergerak

(sekadar gambar hiasan)

Anak murid baharu teacher Rashidah, Mujaheed. Anak soleh ni ada masalah saraf di kaki menyebabkan Jaed tak boleh luruskan kaki dan berjalan kerana saraf kaki yang pendek. Jaed bergerak dengan cara merangkak sekiranya tiada alat bantuan lain. Jaed tak boleh dimasukkan ke aliran pendidikan khas kerana IQnya sempurna.

Untuknya memasuki aliran perdana di sekolah pula adalah sesuatu yang sukar baginya memandangkan Jaed memerlukan individu lain untuk membantunya bergerak sekiranya kelas berada di tingkat atas dll. Dan kebanyakan sekolah swasta tidak menerima pelajar berkeperluan khas kerana tiada kemudahan disediakan.

Menurut guru yang dikenali sebagai Rashidah, anak muridnya itu mempunyai masalah saraf kaki yang pendek. Dia terpaksa bergerak dengan bantuan lain. Walaupun begitu, dia seorang pelajar yang pintar dan tidak dapat dimasukkan ke sekolah pendidikan khas.

Dihantar oleh kakak dan abangnya

(sekadar gambar hiasan)

Justeru, umi Jaed hantarkan Jaed ke Kelas Membaca Sungai Soi untuk belajar membaca kerana tak mahu Jaed ketinggalan dalam pelajaran. Semalam kelas pertama Jaed, didukung oleh kakaknya semasa tiba, kemudian didukung pula oleh abangnya ketika waktu pulang.

Subhanallah. Allah hantarkan Jaed untuk ajarkan teacher sesuatu dalam hidup. Jaed kuat semangat. Semangat yang terpancar jelas dalam matanya. Teacher Rashidah janji, akan pastikan Jaed boleh membaca bukan setakat ABC tapi lebih hebat dari itu. Biiznillah. Jika sekolah lain tak dapat terima Jaed, Kelas Membaca Sungai Soi yang jauh di ceruk desa ini berlapang dada terima Jaed seadanya.

Abang dan kakak murid tersebut menghantar ke kelas membaca dimana tempat cikgu ini mengajar. Apa yang membuatkan cikgu ini terharu adalah semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu walaupun kurang dari segi fizikal. Akhir sekali, cikgu ini meminta agar orang ramai mendoakan kanak-kanak ini boleh membaca dan dipermudahkan urusannya dalam mendidik pelajarnya.

Sumber : Rashidah Mansor

 

SKIP THIS AD ×