Sejak dua menjak kini, ramai orang muda mula mengadu masalah seperti sakit belakang, sakit badan dan stress apabila mereka pergi dan pulang dari kerja. Kebanyakkannya tiada gaya hidup kerja yang seimbang kerana tidak mempunyai kitaran tidur yang cukup.
Korang semua tahu tak, kitaran tidur yang tak cukup akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dalam hidup korang. Sesi produktiviti dan tenaga badan kita akan mula berkurang dan memberi kesan kepada hari kita terutama pada waktu bekerja.
Menurut pakar dari Sleep Foundation, korang perlukan sekurang-kurangnya 7-9 jam tidur yang berkualiti bagi memastikan badan kita mempunyai tenaga bagi menghadapi stress pekerjaan. Untuk mendapat tidur yang berkualiti bermula dengan tilam yang empuk dan selesa. Kalau tilam korang keras confirm bertambah stress korang.
Takpa, Coway sudah bersedia untuk menyelesaikan masalah korang dengan memperkenalkan tilam Coway Eco Lite Series yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan!
Kekal sejuk dan selesa walaupun cuaca panas!
Nak tidur selesa mestilah korang matikan lampu dan pasang penghawa dingin untuk sejukkan persekitaran bilik, betul tak? Tapi kadang-kadang, korang masih rasa panas. Ini kerana tilam korang tidak mempunyai permukaan fabrik yang mengekalkan kesejukan.
Coway memastikan permukaan tilam ini kekal sejuk dengan menggunakan special fabric ticking bagi memastikan ‘circadian rhythm’ iaitu kitaran badan dikawal oleh otak kita tidak terganggu akibat suhu panas menyebabkan ketidakselesaan. Tambah pula ‘Foam’ dapat meningkatkan peredaran udara antara lapisan fabrik menambah kesejukan ketika korang sedang tidur.
Boleh kata bye-bye pada sakit badan dan salah tidur!
Korang dah penat hadap jam waktu balik campur dengan stress kerja bertimbun mesti korang nak relax dan baring atas tilam. Sebaliknya, badan dan belakang korang akan mula rasa ketidakselesaan serta sakit kerana tilam korang tidak mempunyai sokongan yang baik.
Coway bukan sahaja memastikan tilam korang selesa tapi sokongan pada tulang belakang mencukupi bagi menjaga postur badan dan menghilangkan sakit badan korang. Wow!
Tilam Coway ini mempunyai teknologi sokongan ‘Multi-Layered Support’ menggabungkan ‘pocket spring’, ‘foam’ dan kain ‘felt’ secara berlapis memberikan ketegasan yang optimum pada tulang belakang korang mengurangi kesakitan badan dan menambah keselesaan.
Tilam premium tapi harga mampu milik dengan servis pembersihan tilam dari Coway? Biar betul!
Korang semua pasti tak percaya kan, haa… tilam Coway memang sebuah tilam yang berkualiti premium tetapi setiap rakyat Malaysia boleh memiliki tilam ini dengan harga berpatutan.
Tilam Coway Eco Lite Series mempunyai dua saiz yang berbeza iaitu Queen dan King. Korang boleh dapatkan tilam Coway Eco Lite Series dengan harga promosi serendah RM79 sebulan! (Tertakluk pada terma dan syarat)
Setiap pembelian tilam Eco Lite Series, korang akan dapat Topper yang boleh ditukar serta enjoy Mattress Care Service secara percuma setiap 4 bulan oleh Homecare Technician daripada Coway bagi memastikan tilam korang kelihatan dan kekal baharu!
Jadi korang tidak perlu risau tentang kekotoran seperti debu, bakteria yang terkumpul dalam tilam kerana servis pencucian memastikan tahap kebersihan yang optimum melalui Coway 7-Step Mattress Care Service iaitu:
Langkah 1: Pengukuran Tahap Habuk
Langkah 2: Pembersihan Rangka Katil
Langkah 3: Penggelapan Rangka Katil
Langkah 4: Pembersihan Sisi Katil
Langkah 5: Pembersihan Tilam
Langkah 6: Penghalau Hama Habuk
Langkah 7: Pensterilan UV
So.. korang tunggu apa lagi? Korang boleh tekan link ini! Untuk mendapatkan tilam yang selesa serta dapat meningkatkan tahap keselesaan tidur korang.