berita

Masih Ada Guru Tadika Gaji RM450 Sebulan

June 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan peningkatan kos sara hidup membuatkan sesetengah individu terkesan dan terpaksa ‘mengikat’ perut demi kelangsungan hidup. Bagaimanapun pada tahun 2022, masih terdapat segelintir majikan yang tergamak dengan hanya memberikan gaji sebanyak RM450 kepada pekerjanya.

Gaji hanya RM450

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menceritkan luahan seorang individu yang menerima gaji sebanyak RM450 sebulan dan dia berkhidmat sebagai seorang guru tadika.

Individu berkenaan pada masa yang sama, turut bertanyakan sama ada gaji yang diterimanya berpatutan atau pun tidak berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak.

Assalamualaikum Tuan, I need your help to ask around. Normal ke masih bergaji RM 450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ni?

Anyway saya bekerja sebagai guru di sebuah ‘tadika Islamic’  yang saya tak nak sebut namanya.

Bagaimanapun, individu tersebut sama sekali tidak mendedahkan maklumat penuh mengenai tempat kerjanya. Terdahulu, pihak kerajaan telah mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei yang lalu.

Sebagai contoh jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.

Respon warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan jumlah gaji yang diterima oleh individu berkenaan dan meminta supaya dia melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan dapat diambil.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×