berita

Masih Ada Uri, Mayat Bayi Berusia 2 Hari Ditemui Ditinggalkan Di Tanah Perkuburan

January 24th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes pembuangan bayi semakin banyak dilaporkan berlaku di negara ini. Saban hari, ada sahaja kisah menyedihkan membabitkan bayi kecil yang dibuang di merata tempat tanpa rasa belas kasihan. Meskipun pelbagai langkah serta kempen sudah diketengahkan bagi mengatasi masalah ini, namun ia seolah-olah tidak memberi impak yang besar apabila masih ada  individu yang berani bertindak membuang bayi mereka.

Terbaru, satu lagi kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di Gombak malam tadi membabitkan bayi yang dianggarkan berusia dua hari. Sedihnya!

Ditinggalkan di tanah perkuburan

Menerusi laporan Harian Metro, mayat bayi lelaki itu ditemui ditinggalkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tua, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang mendakwa menemui satu mayat bersama sebuah beg kira-kira jam 9:30 malam.

Lelaki itu mendakwa menemui satu mayat bersama sebuah beg di tanah perkuburan berkenaan. Sepasukan polis segera ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Masih ada uri

Menurut Arifai, mayat bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan yang cukup sifat malah uri juga masih ada pada tubuh mangsa.

Susulan daripada penemuan itu, bayi malang tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Siasatan awal polis mendapati mayat bayi lelaki itu masih mempunyai uri dan dibaluti kain serta diletakkan di tepi sebuah beg hitam.

Bayi terbabit cukup sifat dan dianggarkan berusia dua hari. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Katanya, ibu kepada bayi itu kini sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×