Umum semua sudah mengetahui tentang spekulasi mengenai hubungan yang dah tak sebulu antara aktres Janna Nick dengan pelakon, pengacara dan penerbit, Sheila Rusly. Sehingga kini, hubungan mereka masih belum baik dan masih lagi tiada penyelesaian dibuat.
Terbaharu, Sheila Rusly menyatakan dia sudah memaafkan tapi masih belum sepenuhnya menerima apa yang dilakukan oleh Janna Nick.
‘Saya memang sayang dia..’
https://www.instagram.com/p/BwsvZmNHv9F/
Menerusi laporan Kosmo, Sheila Rusly dalam nada sebak meluahkan yang sebenarnya dia menyayangi pelakon watak Leftenan Zana itu. Tambahnya lagi, jika dirinya tidak sayang, Janna Nick tidak akan berada ditempatnya sekarang.
‘Mama dah maafkan Janna..’
Tambah Sheila Rusly lagi, dia sudahpun memaafkan dan sentiasa mendoakan kejayaan serta berharap Janna Nick fokus terhadap setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas.
Mama (panggilan Janna kepada Sheila) dah maafkan Janna. Tidak mengapalah, manusia akan membuat kesilapan dan kadang-kala kita akan berada di satu fasa kita lupa di mana kita bermula.
Dia masih muda dan perjalanan karier masih jauh lagi. Apa yang dia buat pada saya dan keluarga boleh dijadikan iktibar. Jadilah seorang artis yang membanggakan pengikut.
‘Saya masih belum boleh hadam..’
Walaupun sudah memaafkan, Sheila Rusly turut menegaskan bahawa dirinya masih belum menghadam apa yang telah Janna Nick lakukan kepada dirinya dan keluarga.
Saya rasa dia dah tahu salah dia, dan dia pun rasa menyesal atas perbuatannya. Saya terima mesej dan permohonan maaf Janna. Sebagai manusia, kita harus memaafkan mereka yang ikhlas untuk memohon maaf.
Saya sayang dia sebenarnya. Jika saya tidak sayangkannya, dia tidak akan berada di mana dia berada sekarang. Cuma, saya masih belum boleh hadam apa yang dia buat. Terlalu peribadi untuk saya kongsi.
Terdahulu, dunia hiburan kecoh apabila hubungan baik yang dibina oleh Shiela Rusly bersama Janna Nick dilaporkan telah renggang.
Sumber: Kosmo