berita

Masih Belum Terlambat Untuk Mulakan Tabung Pendidikan Anak-Anak, Boleh Dapat Banyak Manfaat!

December 27th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Jadi ibu bapa kedengaran macam mudah kan, tetapi tanggungjawab yang dipikul bukan kecil ya. Yelah, anak-anak ni kan amanah, jadi kenalah sediakan yang terbaik untuk mereka. Ini termasuklah persediaan awal seperti menyediakan tabung pendidikan untuk masa depan mereka.

Menabung dari awal ni bukan saja dapat membantu ibu bapa membuat persediaan yang lebih baik untuk masa depan anak-anak, tetapi ia juga secara tak langsung dapat melatih untuk mengoptimumkan simpanan dengan lebih cekap supaya bebas dari bebanan kewangan.

Kalau korang dah ada perancangan untuk mula menabung, kami sarankan untuk korang menyimpan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN), yang terdiri daripada dua produk simpanan — Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. 

Bukan sekadar menyimpan, tapi korang juga dapat menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat antaranya:

  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  •  Dividen yang kompetitif;
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak dengan pendapatan bulanan ibu bapa tidak melebihi RM4,000.
  • Simpanan dijamin kerajaan; dan
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

Lebih menarik, dengan menabung di Simpan SSPN, korang layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000!

Kalau korang nak tahu, Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun yang telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.

Ia merupakan insentif istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN yang memberikan kelebihan berbeza berbanding produk simpanan lain di pasaran.

Siapa yang layak dapat Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan ni?

Mesti korang tertanya-tanya, siapa je yang layak kan?

Haa..ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Oleh itu, ibu bapa yang menabung di Simpan SSPN bukan sahaja boleh menyimpan untuk anak-anak mereka, ia juga sekaligus dapat mengurangkan cukai yang perlu dibayar.

Jadi, pastikan korang buat transaksi sebelum akhir tahun supaya dapat pelepasan cukai untuk tahun ini!

Untuk maklumat lanjut tentang pelepasan taksiran cukai pendapatan, korang boleh klik di sini. 

Johan HotFM pun dah menyimpan di Simpan SSPN. Korang bila lagi?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Cabutan WOW! Y.E.S 2023 dan Cabutan Tahunan sebelum tamat 31 Disember 2023 ini!

PTPTN turut mengadakan Cabutan WOW! Y.E.S 2023 dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM50,000 untuk 23 pemenang. Wow!

Kempen ini dah pun bermula pada 1 November 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2023 ini.

Setakat ini, terdapat dua kategori yang masih lagi berlangsung iaitu Cabutan WOW! Y.E.S dan Cabutan Tahunan. Haa..memang ni satu peluang keemasan lah untuk korang rebut!

Ini antara hadiah untuk dimenangi bagi setiap kategori:

Cabutan WOW! Y.E.S 2023 (1 November – 31 Disember 2023)

Hadiah tunai: RM2,023 x 23 pemenang

Cabutan Tahunan (1 Januari- 31 Disember 2023)

  • Pemenang Utama – Hadiah Tunai bernilai RM150,000 X 1 Pemenang
  • Pemenang Kedua – Hadiah Tunai bernilai RM50,000 X 1 Pemenang
  • Pemenang Ketiga – Hadiah Tunai bernilai RM10,000 X 1 Pemenang
  • Pemenang Saguhati – Hadiah Tunai bernilai RM2,023 X 20 Pemenang

Cabutan ini adalah terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen berlangsung.

Untuk peluang mendapatkan ganjaran cabutan berganda, korang buatlah transaksi melalui aplikasi myPTPTN. Mesti korang dah tak sabar kan? Ikuti 3 langkah mudah ni untuk sertai: 

Langkah 1: Muat turun aplikasi myPTPTN

Langkah 2: Buka akaun atau buat penambahan simpanan Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus

Langkah 3: Pastikan akaun Simpan SSPN kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan

Setiap RM100 yang disimpan di Simpan SSPN Prime layak untuk mendapat 5x cabutan dan setiap RM (simpanan + takaful) yang disimpan di Simpan SSPN Plus layak untuk mendapat 10x cabutan.

Ini bermakna, lebih banyak korang simpan, lebih tinggi peluang korang untuk menang!

Inilah peluang untuk korang menabung untuk masa depan anak-anak, di samping menangi hadiah menarik!

Apa tunggu lagi, menabunglah di Simpan SSPN Prime ataupun Simpan SSPN Plus dan muat turun aplikasi myPTPTN di Google Play, App Store dan HUAWEI App Gallery hari ini juga!

SKIP THIS AD ×