berita

Masih Cari Rumah Idaman? Ini Sebab Setia Warisan Tropika Kena Ada Dalam List Korang!

August 29th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Terutamanya, golongan milineal yang baru bekerja, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan ingin memulakan kehidupan berkeluarga.

Korang pon sama kan? Mestilah nak rumah pertama yang macam korang idam-idamkan. Kawasan perumahan yang selesa, selamat, dekat dengan pusat bandar dan akses mudah untuk pengangkutan awam. Haa.. Kalau inilah ciri-ciri rumah yang diimpikan, korang kena tengok kawasan kediaman baru yang ditawarkan oleh SP Setia. Serius best giler!

Setia Warisan Tropika mimpi indah buat pencinta alam!

Pernah tak korang bayangkan bekerja di bandar tapi bila balik rumah rasa tenang sebab kawasan perumahan korang bertemakan alam semulajadi, dikelilingi kehijauan dan sejuk mata memandang.

Nampaknya semua ni bukan angan-angan lagi sebab SP Setia ada projek perumahan terbaru, Setia Warisan Tropika yang menawarkan kawasan kediaman berkonsepkan 8 taman tropika. Lokasinya sangat strategik iaitu di Salak Tinggi, Sepang sesuai untuk korang yang bekerja di KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Seremban, Sepang, Puchong atau KL Sentral 2.

Perumahan berkonsep tropika ni tengah fasa pertama jualan. Korang boleh usya The Belladonna, rumah 2 tingkat berkonsep semi-D dengan reka bentuk flexi yang unik dan paling penting harga yang ditawarkan juga berpatutan dan banyak kelebihan yang korang boleh dapat tau!

Rasai pengalaman baru perumahan dengan konsep tropika.

Bukan senang tau nak cari perumahan yang bercirikan tropika dan dekat dengan pusat bandar. Kalau korang nak tau, selain menawarkan 8 jenis taman tropika, Setia Warisan Tropika juga kawasan kediaman buat korang yang mencari kelainan.

Antara yang menarik semestinya club house yang menawarkan pelbagai fasiliti dan mempunyai tasik buatan serta kawasan wayang terbuka. Selalunya kalau club house ni ada yuran keahlian kan? Tapi di Setia Warisan Tropika, korang secara automatik layak menggunakan semua fasiliti yang disediakan. Tak payah bayar yuran-yuran ni pon!

Lokasi strategik berdekatan pusat bandar.

Kalau bekerja di Kuala Lumpur, korang mesti dapat bayangkan kesesakan lalu lintas yang perlu korang perlu hadap setiap hari. Lepas tu tinggal pulak di kondominium atau apartment, mesti rasa sesak kan?

Lokasi Setia Warisan Tropika strategik habis sebab ia terletak berhampiran dengan lebuh raya utama ibu negara seperti MEX, LDP, SKVE, ELITE dan Putrajaya-Cyberjaya Expressway. Korang tak perlu risau lagi kalau sangkut dalam kesesakan lalu lintas sebab lebuh raya ni menghubungkan terus ke Setia Warisan Tropika.

Berhampiran pengangkutan awam.

Untuk pengetahuan korang, perumahan Setia Warisan Tropika terletak berdekatan dengan keretapi berkelajuan tinggi ERL. So, korang bolehlah naik ERL kemudian transit di stesen-stesen utama untuk menukar laluan korang ke destinasi pilihan. Mudah kan?

Setia Warisan Tropika, perumahan idaman bercirikan alam.

Kalau rasa ciri yang kami nyatakan kat atas ni merupakan kediaman yang korang impikan, apa kata korang kunjungi bilik pameran Setia Warisan Tropika hari ni juga untuk dapatkan gambaran jelas pasal perumahan Setia Warisan Tropika.

Lokasi : No. 41, Jalan Warisan Sentral 1, Kota Warisan, Sepang

Masa : 9.00 AM – 6.00 PM (Isnin – Jumaat)

            10.00 AM – 6.00 PM (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Untuk maklumat lanjut tentang projek perumahan Setia Warisan Tropika, korang boleh terus ke laman web rasmi Setia Warisan Tropika atau like Facebook rasmi SP Setia.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×