berita

Masih Kekal Dalam I Am A Singer, Shila Amzah Jatuh Tangga Ke 4

March 5th, 2014 | by Ai
Video Popular

Shila

Nampaknya, tuah masih menyebelahi Shila Amzah apabila dia masih kekal dalam pertandingan program realiti nyanyian di China yang disertainya iaitu I Am A Singer.

Artikel Berkaitan: Video : Shila Tewas Kepada Peserta China Di I Am A Singer

Jika minggu lepas, Shila mengejutkan ramai pihak apabila dia berjaya mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu G.E.M, minggu ini, sekali lagi persembahan Shila tidak mengecewakan walaupun dia hanya menduduki tangga ke-4.

Namun, apa yang penting, walaupun jatuh dua anak tangga, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Masih Aku Cinta’ ini masih kekal dan berjaya menduduki ranking Top 5.

ShilaPersembahan Shila yang penuh penghayatan

Untuk pengetahuan, Shila membawakan lagu bertajuk Zui Chang De Dian Ying dengan penuh penghayatan ditambah dengan melodi lagu tersebut yang mendayu-dayu.

Menariknya, walaupun Shila bukanlah penyanyi yang berasal dari China, persembahannya tetap menerima sambutan penonton apabila mereka turut sama menyanyikan lagu itu.

Shila

Ternyata Shila tidak mengecewakan peminatnya di Malaysia apabila sekali lagi Shila menerima kata-kata positif dari peminatnya.

Kekuatan vokal dan penghayatan Shila tidak seharusnya disangkal lagi, marilah sama-sama kita doakan perjalanan seni gadis ini akan terus maju dan berjaya mengharumkan nama industri hiburan tanah air.

Kepada anda yang masih belum melihat persembahan Shila, apa kata kita layan dulu klip video ini.

SKIP THIS AD ×