berita

Masih Mencari Kerja? Yayasan Peneraju Tawar Peluang Pembiayaan Pendidikan & Penempatan Pekerjaan Buat Korang!

September 30th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Dalam era globalisasi ni, kita harus sentiasa bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Ini termasuklah membina generasi masa hadapan melalui pendidikan dan kepakaran agar mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional dan mahir.

Bagi menyokong usaha ini, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) tampil menawarkan pelbagai program pembiayaan akademik (Peneraju Tunas), pensijilan TVET (Peneraju Skil), profesional (Peneraju Profesional), teknologi (Peneraju Teknologi) dan spesialis (Peneraju Spesialis). 

Peneraju Skil DTVET Tambahan Manufacturing Equipment Operation

Untuk pengetahuan korang, objektif Yayasan Peneraju adalah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Tahu tak, dah ramai yang telah ditaja oleh Yayasan Peneraju. Dah lebih 50,000 individu dari pelbagai segmen Bumiputera di seluruh Malaysia termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir berjaya melanjutkan pendidikan demi merealisasi aspirasi mereka.

Pembiayaan yang ditawarkan pula adalah bersifat penuh atau separa. Syarat kelayakan paling minimum pun sekadar sijil PT3 sahaja!

Tapi, syarat adalah berbeza bagi setiap program. Apa yang menarik, kebanyakan program pembiayaan dipakejkan sekali dengan penempatan pekerjaan tau! Jadi, korang tak perlu risau untuk cari kerja lepas tu. 

Peneraju Skil Welding

Bukan sahaja beri bantuan kewangan, Yayasan Peneraju juga memastikan penerima faedah mereka dilengkapkan dengan kemahiran insaniah dan sahsiah di samping kemahiran serta ilmu teknikal yang diperlukan oleh pasaran demi meningkatkan kadar kebolehpekerjaan.  

Berikut ialah antara beberapa program pembiayaan di bawah Peneraju Skil yang boleh dimohon mengikut kelayakan dan minat korang. 

1. Untuk Lepasan Sekolah  

  • Lepasan PT3/SPM yang berumur 18 – 25 tahun

Program

  • Boilerman
  • Industrial Automation

2. Untuk Lepasan SKM dan Pelajar Tahun Akhir IPT

  • SKM Level 3 atau Pelajar tahun akhir Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berumur 18 – 25 tahun

Program 

  • Professional CSWIP 6GC Welder
  • Safety Health Officer

3. Untuk Siswazah

  • Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang berumur 19 – 35 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke bawah

Program:

  • Agriculture Drone Technology Program
  • AI Driven UAV Inspection Technology for Infrastructure and Asset
  • Automotive Industrial Certification Engineering – Digital Engineering Prototyping
  • Drone Technology
  • Electrical Machine Maintenance with IoT
  • Expert Craftsman in Automotive Hybrid Technology
  • Expert Craftsman in Machining Integrated Tooling Process
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Electrical / Electronic Engineering
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Mechatronic System
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Pneumatics / Electropneumatics
  • Expert Craftsman Integrated Fixture Machining Process
  • Expert Craftsman Mechatronic – PLC Technology
  • Expert Mechatronic Integrated System (EMIS)
  • Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installation and Maintenance
  • Grid-connected Photovoltaic (GCPV) System Installation and Maintenance with Internet of Things (IoT)
  • Halal Technical Expert (HTEX)
  • Injection Moulding Machine Programming
  • Intelligent Sensors Technology and Monitoring
  • Multi Axis CNC Machine Process and Programming
  • Oil Palm Plantation Technology & Management
  • Safety & Health with Aerial Monitoring (SHOAM)
  • Siemens PLC Programming with IoT Integration
  • Solar PV Professional (Solar)

4. Bagi Individu Bekerja/Tidak Bekerja

  • Sedang bekerja/diberhentikan kerja yang berumur 21 – 45 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke atas

Program

  • CSWIP Blasting & Painting Senior Operator
  • BGAS CSWIP Painting Inspector Grade 2
  • Oil & Gas Talent Acceleration – Scaffolding Level 3
  • Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0)
  • Welding Inspector Level 2 (CSWIP 3.1)
  • Welding Inspector Level 3 (CSWIP 3.2)

Tarikh tutup permohonan: Dibuka sepanjang tahun 2022 and 2023

Skop pembiayaan:  Yuran latihan, pensijilan dan peperiksaan, elaun, penginapan, pengangkutan, makan & minum, Program Pemupukan & Pembangunan dan bantuan kewangan sekali beri (bagi individu bekerja/tidak bekerja sahaja)

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program di atas, korang boleh layari https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/ atau ikuti laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @YayasanPeneraju.

Nota: Terma & syarat dan skop pembiayaan adalah berbeza mengikut program. Maklumat adalah sahih ketika artikel ini disiarkan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. 

SKIP THIS AD ×