Pernah tak terlintas nak cuba melabur dalam unit amanah harga berubah, tapi rasa risau, tak pasti macam mana nak mula?

Ramai yang sebenarnya ada niat nak melangkah keluar dari “comfort zone” pelaburan biasa, tapi masih teragak-agak nak ambil langkah pertama.

Sebab itu wujudnya ASB Plus, satu pakej pelaburan bijak daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang direka khas untuk bantu pelabur nikmati peluang pulangan lebih tinggi sambil kekal selesa dengan pilihan sedia ada.

ASB Plus: Pelaburan ringkas, potensi pulangan lebih lumayan

ASB Plus

ASB Plus bukan produk baru ASNB, ianya satu pakej pelaburan bijak yang menggabungkan dua jenis dana iaitu:-

  • ASB / ASB 2 (Unit Amanah Harga Tetap)
  • ASN Imbang 2 (Unit Amanah Harga Berubah)

Kaedah pelaburan ini mudah. Nisbah yang digunakan adalah 70:30. Maksudnya 70% duit simpanan korang akan dilaburkan dalam ASB atau ASB 2, dan 30% lagi dalam ASN Imbang 2.

ASB Plus

Melalui pelaburan ini korang diberikan jaminan pulangan tambahan 1% setahun untuk bahagian ASB atau ASB 2 dan bayaran akan dibuat pada awal pada  1 Januari 2026 untuk ASB sahaja manakala untuk ASB 2, pada April 2026.

Kenapa ASB Plus?

  1. Gandakan potensi pulangan pelaburan
    • Selain peluang mendapat dividen tahunan biasa dari ASB atau ASB 2, korang akan dapat 1% dividen tambahan. Dalam situasi ekonomi yang memerlukan banyak perbelanjaan bermakna jaminan begini sangat bernilai.
  2. Pelbagaikan pelaburan, kurangkan risiko
    • Korang pernah dengar tak pakar kewangan cakap; “Jangan letak semua telur dalam satu bakul.”
    • Dengan gabungan dana Unit Amanah Harga Tetap & Unit Amanah Harga Berubah, korang ada 2 jenis dana: satu peluang pulangan jangka panjang yang kompetitif, satu lagi berpotensi tumbuh lebih agresif.
  3. Kekal disiplin menyimpan selama 1 tahun
    • ASB Plus ada lock-in period selama setahun untuk bantu korang kekal berdisiplin menyimpan.
  4. Mudah untuk mula – serendah RM1,000
    • Tak perlu modal besar. Anda boleh mula dengan serendah RM1,000 untuk setiap transaksi.
    • Transaksi boleh dibuat melalui portal myASNB atau di mana-mana cawangan ASNB.

Siapa sepatutnya sertai ASB Plus?

ASB Plus

Sebenarnya semua orang digalakkan menyimpan melalui ASB Plus. Especially, bagi mereka yang ada matlamat seperti dibawah.

  • Orang muda (bekerja) yang nak mulakan simpanan serius
  • Ibu bapa yang nak simpan untuk pendidikan anak
  • Pekerja tetap yang nak top-up simpanan persaraan
  • Usahawan kecil yang nak pastikan ada dana kecemasan

Pendek kata, semua yang nak urus duit dengan lebih bijak dan simpan dengan strategi ASB Plus adalah jawapannya.

Ingat, prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan. Semua ni bergantung kepada pergerakan pasaran.

Jadi, buat korang diluar sana yang ada keinginan dan kemampuan nak menyimpan namun masih tercari-cari instrumen pelaburan yang kompetitif dan agresif, boleh la mula usha-usha ASB Plus

ASB Plus bukan sekadar pelaburan tapi satu cara untuk korang mulakekal, dan kembangkan simpanan dalam perjalanan kewangan yang lebih stabil.

Jangan tunggu sampai “ada lebih baru nak simpan”. Kadang-kadang, mula dengan apa yang ada tu lebih baik

* Kempen ini berlangsung dari 1 Ogos 2025 hingga 19 Disember 2025 sahaja.

Boleh terus semak dan langgan melalui: www.myASNB.com.my