berita

Masih Ragu-Ragu Dengan Kereta Terpakai? Beli Melalui Mudah.my Je, Siap Dengan Jaminan Tau!

January 24th, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Zaman sekarang ni kalau nak bergerak kemana-mana mesti kena ada kenderaan sendiri. Bukan apa, dah jadi satu keperluan dan ianya akan memudahkan pergerakan kita.

Namun, tak semua orang mampu untuk beli kereta baru. Betul tak? Lagi-lagi kalau yang mempunyai sumber kewangan atau pendapatan bulanan yang rendah. Lagipun, tak bermakna korang tak boleh memiliki sebuah kereta walau sekadar kereta terpakai kan?

Tapi, nak beli kereta second hand pun bukan boleh sebarang, kena ambil tahu beberapa aspek sebab kenderaan yang bakal dibeli tu mesti dalam keadaan baik untuk jangka masa yang panjang. Haa..jangan risau, dengan Mudah.my, masalah korang akan selesai!

Platform jual beli kereta yang dipercayai dan telus!

Untuk pengetahuan korang, Mudah.my adalah platform jual beli kereta yang boleh dipercayai kerana kondisi kenderaan dinyatakan dengan telus. Ia juga merupakan pasaran kereta No.1 Malaysia dan sedang giat meneruskan usaha mereka dalam menambah lebih 1,800 jumlah kereta terpakai yang telah diperiksa lengkap dengan jaminan.

Ini selari dengan inisiatif mereka untuk menempa nama di dalam ‘Malaysia Book of Records’ bagi kategori berkenaan. 

Selain itu, menerusi Mudah.my ni, korang juga boleh membeli kereta terpakai yang lengkap dengan jaminan tau!

Dengan program Mudah Vehicle Inspection & Protection (mVIP) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu, ia dapat memberikan kepastian dan ketenangan fikiran kepada pembeli yang bercadang untuk membeli kereta terpakai.

Program ini juga melibatkan tiga jaminan seperti:

  1. Mengesahkan pendaftaran kereta dan maklumat pemilik kereta.
  2. Mengesahkan keadaan sebenar kereta dengan proses pemeriksaan yang komprehensif.
  3. Memberi peluang kepada pembeli kereta untuk membeli jaminan tambahan bagi melindungi mereka daripada sebarang kos pembaikan pada masa depan.

Bukan tu je, ada pelbagai perkhidmatan lain lagi yang ditawarkan!

Mudah juga menawarkan waranti tambahan bagi kereta yang sudah diperiksa. Paling best, dengan sedikit bayaran tetap, Mudah.my dan MUV juga akan mengendalikan perkhidmatan lain seperti pemindahan hak milik (JPJ), pemeriksaan kereta (PUSPAKOM) serta pengaturan pembiayaan sekiranya korang membeli kereta melalui platform mereka.

Jadi, tak hairan lah kalau lepasni nak beli kereta terpakai melalui platform ni kan? Memang telus dan dipercayai!

Tunggu apa lagi? Kalau nak cari kereta second hand, beli melalui Mudah.my je!

Dah! Jangan fikir lama-lama, Mudah.my ni memang pilihan tepat untuk korang cari kereta secondhand.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Mudah.my atau muat turun aplikasi untuk memlilih kategori kenderaan yang tersenarai.  Bagi pemilik kereta pula, boleh layari laman sesawang INI untuk menyemak harga kereta.

SKIP THIS AD ×