berita

Masih Segar Walau Berminggu Dalam Peti Ais, Ini Tips Simpan Sayur-Sayuran Dengan Betul

January 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Bahan mentah seperti daging, sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai cara penyimpanan yang tersendiri untuk mengelakkan bahan cepat rosak. Bukan sahaja perlu disimpan di tempat sejuk, bahan-bahan ini perlu disimpan di dalam bekas tertutup.

Selain mengelakkan pembaziran, tips penyimpanan penting untuk memastikan bahan kekal segar walaupun berminggu-minggu dibiarkan di dalam peti sejuk.

Dah 3 minggu, masih elok

Pengguna Twitter, Ana Sulianna berkongsi tips cili hijau dan merah kekal segar seperti baru dibeli walaupun sudah berminggu disimpan. Katanya, sebelum memasukkan cili di dalam bekas, pastikan lapik dengan helaian tisu terlebih dahulu. Kemudian, masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan direnjis sedikit air. Jangan lupa masukkan bawang putih yang sudah dikupas. Hasilnya, tiga minggu masih segar!

Cara simpan halia, lengkuas dan kunyit

Bagi halia, lengkuas dan kunyit pula, bahan-bahan ini perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas tertutup yang berisi air. Pastikan air ditukar seminggu sekali untuk mengekalkan kesegarannya.

Cara simpan serai

Untuk mengelakkan serai cepat kering, korang perlu simpan di dalam cawan yang berisi air. Untuk daun bawang, ketumbar dan sup pula, letak di dalam botol air dan hanya bahagian akar direndam sedikit air. Pastikan disimpan di dalam peti sejuk ya!

Tips lain

Sumber : Ana Sulianna

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×