berita

Masih Simpan Bantal Busuk Dari Tahun 1998, Netizen Minta Wanita Ini ‘Buang Jela’

July 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tidak dinafikan bantal atau selimut busuk memang sukar untuk dipisahkan. Seperti isi dan kuku, hendak pergi ke mana sahaja pasti akan dibawanya. Walaupun sudah bertukar warna dan berbau tetapi ia tetap menjadi pilhan untuk dibawa tidur.

Guna bantal busuk sejak tahun 1998

Menerusi video yang dimuat naik oleh Intan Normala di akaun TikTok, dia menunjukkan bantal busuknya yang digunakan sejak tahun 1998 sehingga ke hari ini bersamanya.

Di dalam video berkenaan memaparkan keadaan bantal berkenaan yang hampir hancur dan sehingga dia terpaksa menggunakan pin untuk membetulkan bantalnya. Malah Intan dilihat masih menghidu cebisan-cebisan kain bantal kesayangannya itu.

Meskipun ramai yang menyuruh wanita berkenaan membuang bantal busuk itu kerana sudah teruk, namun dia enggan membuangnya dan mengatakan bahawa orang lain tidak akan faham bagaimana rasa sayangnya terhadap bantal busuk.

Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih satu juta tontonan serta mendapat lebih 73 ribu tanda suka.

‘Orang lain tak akan pernah faham’

@innnnnn_tandari tahun 1998 sampailah ke 2021 ? ##cintahati ##fyp? ##bantalbusuk? Kosong – Najwa Latif

‘Mula-mula ingatkan usus penanggal’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terkejut melihat bantal busuk berkenaan yang sudah hampir hancur itu. Malah ada juga di antara mereka mengakui bahawa tidak semua orang memahami ‘nikmat’ mempunyai bantal busuk.

Sumber : innnnnn_tan

SKIP THIS AD ×