
Penyanyi dan komposer Harith Zazman berkongsi tentang pendapatnya berkenaan trend dan topik-topik semasa yang diketengahkan di audio siar atau podcast.
Artikel Berkaitan: Harith Zazman Belum Rancang Tambah Cahaya Mata – ‘Saya Nak Tengok Anak Membesar Dahulu’
Artikel Berkaitan: Harith Zazman & Yonnyboii Letak Harapan Pada Jepun, Mahu Lihat Wakil Asia Julang World Cup 2026
Pendapat Harith

Ketika ditemui OhBulan!, Harith atau nama lengkapnya Mohamad Harith Saifuzzaman, 32, berkata, PodcaSTERK kendaliannya bersama rakan-rakan yang lain tidak mempunyai topik yang khusus dan jarang menjemput tetamu.
PodcaSTERK malah memilih suasana yang lebih ringan dan menjadi ruang santai untuk berbual tanpa tekanan.
Bagi saya pada awalnya kami memang rancang untuk duduk dan cuma bersembang dengan kawan-kawan.
Podcast kami jarang sangat ada tetamu sebab awal-awal lagi kami rancangan begitu.
Menurut Harith, setiap audio siar yang dihasikan mempunyai identiti serta sasaran pendengar dan penonton yang berbeza.
Bagi podcast yang lain, saya rasa mereka ada pengkhususan (topik) masing-masing.
Siapa yang nak tengok tentang kewangan ada tempatnya, yang suka tengok tentang kisah seram pun ada tempatnya.
Harith berkata demikian ketika ditemui pada sidang media single terbaharunya Sempurna bersama Yonnyboii di Universal Music Malaysia baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Harith mengakui menerima pelbagai cadangan supaya kandungan audio siar diubah, namun mereka memilih untuk kekal bersifat spontan dan menghiburkan.
Ada juga yang pernah bertanya dan memberi cadangan kepada kami, tetapi kami mahu jadikan podcast kami seperti ‘taman permainan’, cuma duduk bersembang, ketawa dan balik.
Justeru, Harith berpendapat setiap pendengar mempunyai kebebasan untuk memilih kandungan yang bersesuaian dengan minat masing-masing.
Jadi bagi saya, kalau orang cakap nak mencari kandungan yang bermakna, awak sendiri boleh mencari dekat podcast mana yang awak mahu dengar.
Mereka ada pilihan untuk menonton dan mendengar podcast apa yang mereka mahukan.








