berita

Masjid Putrajaya Respon Dakwaan Layanan ‘Double Standard’ Nak Solat Jumaat – ‘Kuota 300 Orang’

September 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini tular di media sosial mengenai orang kenamaan atau VVIP yang memasuki ke masjid tanpa beratur seperti jemaah yang lain. Isu berkenaan telah membangkitkan kemarahan warganet. Namun, pihak Masjid Putra Putrajaya telah tampil untuk menjelaskan mengenai isu berkenaan.

Pihak Masjid Putra mohon maaf

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 10 September lalu dimana di dalam video tular berkenaan memaparkan seperti jemaah yang lain mendapat layanan yang berbeza untuk jemaah yang hadir solat Jumaat.

Susulan daripada kejadian berkenaan pihak pengurusan masjid memohon maaf atas kekhilafan yang telah berlaku.

Ingin dijelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah di Masjid Putra sama ada solat fardhu lima waktu atau solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra ditetapkan seramai 300 orang.

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga menjelaskan bahawa peruntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang sudah mendaftar lebih awal serta makluman jangkaan waktu ketibaan di masjid telah ditetapkan.

Tidak dapat dinafikan, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran para jemaah melebihi kapasiti yang telah ditetapkan sejak jam 11.00 pagi untuk menunaikan solat Jumaat.

Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklumkan dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

Walau bagaimanapun bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pengurusan akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan serta kualiti pengurusan masjid untuk jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.

Sumber : Masjid Putra Putrajaya

SKIP THIS AD ×