berita

Masjid Wakaf Kedua Pengasas RHB Akhirnya Dibuka, Macam Dekat Luar Negara!

September 21st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Pernah tak korang tahu maksud disebalik singkatan nama bank RHB? Nama itu merupakan singkatan kepada nama pengasas kumpulan RHB iaitu, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Beliau merupakan salah seorang usahawan paling berjaya dari Malaysia.

Seorang lelaki di Facebook, dedah siapa sebenarnya Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Bukan sahaja berjaya di dunia, malah jutawan ini turut mewakafkan sebuah masjid baru yang bernilai 100 juta di Seremban. Memang salute!

Orang Islam Kaya Dunia Akhirat

Tan Sri Rashid merupakan seorang lelaki berdarah kacukan Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Bapanya membangunkan perniagaan di Singapura selepas berhijrah di sana. Beliau juga merupakan menantu kepada jutawan terkenal Robert Kuok, pemilik ladang tebu Perlis Plantation Berhad.

Kejayaannya hari ini sangat membanggakan apabila dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan -RHB Bank.

Terbaru, dia membina masjid ketiga yang berkonsepkan taman dengan keindahan seni bina Islam Turki yang berjaya menarik perhatian ramai. Memang sungguh luar biasa. Inilah dikatakan orang Islam kaya dunia akhirat seperti perkongsian lelaki ini.

Bina Masjid 100 Juta

“Nak cerita pasal hebat dunia dia, korang bolehlah google. Memang power dan kaya. Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara.

Haa masjid ni beliau yang sumbangkan. Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.”

Berniat ingin dikebumikan di masjid ini

“Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”. Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.

Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini. SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba-hamba nya.”

Pembinaan yang memberi manfaat kepada semua

“Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau dan ramai orang dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini. Kita yang tak kaya dunia ni tak nak usaha kaya akhirat.”

Dipuji hebat netizen

Sumber : Farhan Che Hassan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×