berita

‘Maskne’ – Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka, Guna Cara Ni Untuk Hilangkannya!

November 26th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Maskne – jerawat yang membiak disebabkan pemakaian pelitup muka terlalu lama

Kredit: health.clevelandclinic.org

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.

Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Kredit: www.marketwatch.com

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.

Kredit: www.coslab.com.sg

Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.

Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!

×