berita

‘Masuk 7.30 Pagi, Balik 4.30 Petang’ – Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi Di Agensi Kerajaan Bermula 1 Ogos Ini

July 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Agensi kerajaan persekutuan di seluruh negara akan melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) berkuatkuasa pada 1 Ogos depan bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB).

Menerusi laporan Awani, waktu bekerja fleksi memberikan fleksibiliti kepada pegawai untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.

Bermula 7.30 hingga 9 pagi

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019, tempoh waktu bekerja akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi kesemua negeri. Manakala tempoh waktu pulang pula, adalah antara 4.30 petang hingga 6 petang, kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu 3 hingga 4.30 petang.

Sebagai contoh, pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang. Bagi perkhidmatan kaunter, ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut.

Memberi fleksibiliti

Pelaksanaan waktu bekerja fleksi juga memberikan fleksibiliti kepada pegawai dengan mengurangkan waktu rehat mereka selama 30 minit ketika bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai untuk pulang 30 minit lebih awal. Pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan.

Sumber: Awani